Monday, October 18, 2010

Selagi '03' di IC aku, selagi itu aku pendukung The Red Warriors.....

Assalamualaikum…. Apo kobar sek kitow???? Kawe harap semuo sehat – sehat belako… Tok kiro jate, tok kiro tino…. Sejahtero belako lah hendoknyo…. Kali ni aku nak cerita suatu ‘kegilaan’ yang aku ada…. Menjadi kebiasaan untuk orang gila tidak mengaku dirinya gila… Tapi aku bangga dengan ‘kegilaan’ ini…. Yes, aku memang ‘gila’… Aku mengaku… Aku ‘gila bola’…. Aku taksub dengan The Red Warriors!!!!......

Aku suka bercerita tentang dikir barat… Tapi, aku lagi suka bercerita tentang pasukan kesayangan aku, Kelantan FA atau skuad Kijang Emas atau The Red Warriors….. Walaupun orang sekeliling aku, kawan – kawan aku begitu taksub dengan liga bola sepak luar negara, EPL, Serie A…. Aku lebih bangga menyokong Liga Malaysia, liga Dun dan liga kampung aku….. Aku minat gak kat team Liverpool FC…. Tapi sampai sekarang aku tak rela korbankan waktu tidur aku untuk tengok Liverpool main…. Sampai sekarang aku tak boleh pronounce nama Dirk Kuyt dengan betul…. Entah la…. Aku tak tahu kenapa… Aku hanya sanggup berhabis masa, tenaga dan wang untuk The Red Warriors!!!!... Aku pendukung The Red Warriors yang sejati????....

First time aku ke stadium untuk tengok bola adalah time aku Darjah 4.. tahun 1999… Stadium mana lagi kalau bukan stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad Ke-4…. Pak Long aku ajak abah aku tengok Kelantan main…. Abah pun bawak la aku sekali… Until now, I still remember the precious moment…. Nak masuk stadium tu, punya la ramai… Panjang giler barisannya….. Kitorang duduk kat seat terbuka, sebelah kanan astaka… Aku masih ingat lagi…. Penjaga gol lagenda Kelantan yang jadi goalie tyme tu, sape lagi kalau bukan Halim Napi…. Kelantan lawan Terengganu… Tapi kalah 1-2…. Bermula dari situ kot aku belajar rasa kecewa bila team Kelantan kalah…..


Lama aku tak ke stadium sebab belajar kat negeri orang….. Then, bila dah graduate dari SBP… Aku sudah bebas!!! (Umpama sirih pulang ke gagang)…. Masuk UIA lak, jumpa pulak geng sekepala… Naqi, Mat Red, Chu Meji and The Gangs….. Lagi la berkobar – kobar dan bersemangat…. Since 4 years ago, aku semakin seronok bila ke stadium… Addicted??? Perhaps…. Tak kira The Red Warriors menang ke seri ke kalah ke….. Best bila bersorak, menari, melawak kat stadium.. Plus, join nga geng sekepala… Lagi la menggila…..Hahaha…. Memang betul – betul layan… Duduk dekat – dekat dengan ‘sek gendang’ Abe Harun, area scoreboard…. Lagi la…. Degupan jantung umpama ketukan gendang…. Bergegar tubuh…. Mengelegak darah dalam veins dan arteries… Layan……...





Season 2009, tahun yang sangat gemilang buat The Red Warriors dan tahun yang bermakna buat aku sebagai pendukung setia The Red Warriors…. Walaupun ada sejarah hitam… Aku malas nak cerita tentang tu…. Aku anggap itu ‘kisah monyet – monyet liar’ sahaja…. Season lepas, 2 kali Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil…. Sebagai finalis Piala FA dan Piala Malaysia…. 2 kali jugak la aku ke Bukit Jalil as part of winning team ( lebih sebenarnya…. sebabnya??... sebab kisah hitam tu la..)…. Walaupun dua – dua final tu The Red Warriors hanya berakhir dengan Naib Juara…. Tapi aku bangga….. I will never forget those moments…. Aku akan cerita balik kenangan tu kat cucu aku.. (hahaha…. Jangan main – main… Atuk korang dulu ni Laskar Merah Putih tau…. Hahaha..)….

Sekarang season 2010 dah nak berakhir…. Season ni la yang aku rasakan The Red Warriors adalah team yang hampir sempurna…. Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA ( sekarang naik taraf jadi Timbalan Presiden FAM… Tahniah Tan Sri!!)…. Membeli players yang agak star…. Pembelian yang agak berbaloi…. Walaupun bermula dengan agak lembab, tapi credit harus diberikan kepada coach, B. Sathianathan…. Memekakkan telinga (aku pun kutuk gak dia ni dulu…).. Nah, sekarang Berjaya develop team yang sangat disegani kat Malaysia ni…. The Red Warriors jadi sebutan sekarang…. Antara gergasi bola sepak Malaysia yang digeruni lawan…. Sekarang The Warriors sekali lagi mahu mencipta sejarah….Mencari tiket kali kedua berturut – turut layak ke final Piala Malaysia… Menumbangkan Gergasi Merah Kuning adalah kejayaan manis buat The Red Warriors mahupun laskar - laskar Merah Putih…. Tahun ni, seperti yang diwar-warkan oleh Tan Sri adalah Tahun Bolasepak Kelantan…. So, aku harap, The Red Warriors layak ke final dan keluar dari Bukit Jalil sebagai Juara Piala Malaysia…. Aku mahu menebus kekecewaanku season lepas………

Apapun, team yang baik mesti mempunyai pendukung – pendukung yang terbaik…. Setakat ni, fans The Red Warriors adalah yang paling hebat pernah aku jumpa kat Malaysia ni (seriously…bukan bias)…. Yang sedia memenuhi segenap stadium…. Away ataupun Home…. Yang sangat setia dengan team, tatkala jatuh, tatkala bangun…… Aku sangat bangga dilahirkan sebagai anak Kelantan… sebab automatically aku adalah Laskar Merah Putih…. Bangga menjadi part of the winning team, part of great supporters….. My supports to The Red Warriors never fade and never die…. I’m a Red White Army… ‘till I die…… All the best The Red Warriors!!! GOMO KELATE GOMO!!!!!!

“HATE TO DARE, BUT DARE TO FIGHT” – dr.green

Monday, October 11, 2010

mAniFesTaSi ciNTa......

Salam dan selamat sejahtera buat teman – temanku, Muslim or non-muslim, Melayu, Cina, India, Iban, Bajau Laut dan semua rakyat seantero dunia sekali (banyok weii saeng aku… maen kabel ni)…. Bertemu lagi kita di ruang maya ini…. Kali ni aku nak cerita sesuatu yang common la nowadays…. “Cinta”, “Percintaan”, “ Pencinta”….. Sume orang bercakap tentangnya… Even in my lecture hall.. Isshh, cinta.. cinta…. Ada apa dengan cinta?? Tengok status facebook, twitters, friendsters… Pergghh, leleh aku membacanya… Ibarat pujangga cinta semuanya…. : )

Back to what I’m gonna tell you… Satu tengahari, on the way aku nak balik ke hostel dari lecture hall… Tumpang kereta roommate aku… Dia on Sinar FM…. Time tu gak on air lagu yang quiet famous sekarang… Nyanyian Fiq Mentor…. “Manifestasi Cinta”…. Layan gak lagu tu…. Suara jantan mengalunkan bait – bait jiwang…. Rasa dekat di hati…kahkahkah….. Then, seraya aku melangkah keluar dari kereta ke bilik, aku bermonolog dalaman.. “Waa, cinta pun ade manifestasinya…. Macam disease manifestations je…. Cinta pun ade clinical features gak ye??... Ape signs and symptoms nye???”…. Akalku terus ligat memikirkannya, sambil – sambil tunggu masuk fardhu Zohor…..
Therefore, kalau aku nak bercakap tentang manifestasi cinta, signs and symptoms nya…. Maybe, aku belum cukup layak untuk berperihal tentangnya…. Bak kata Jaha dalam satu scene filem Budak Kelantan,“Cinta???.... Demo tok pehey gapo cinta…. Demo tok pehey!!!!...” Nak kata aku berpengalaman luas dalam percintaan… I’m not even in love with someone… Not even once… Maybe surrounding aku yang mempengaruhinya untuk tidak pernah bercinta… Dari la Form 1 and Form 5… Aku sekolah pun dengan brothers je…. Bila involved dalam program pun… Semuanya melibatkan lelaki.. Dikir barat, bola sepak, aktiviti ketenteraan… Jarang sangat bergaul dengan girls.. So sebab tu, aku memang cukup kekok nak bergaul dengan girls… Waktu kat Matrix dan UIA ni pun aku masih ada masalah nga socializing with female students… Aku lebih suka mengelak daripada bercakap dengan girls…. Maaf la ye…. Aku bukan sombong!!!... Aku sedang improve my social relationship especially with the girls….

Hmmm, so ape signs and symptoms of CINTA dalam konteks membicarakan tentang manifestasi cinta?? Signs dalam konteks dunia perubatan adalah sesuatu clinical features yang seorang general practitioner atau doctor itu lihat pada amatan dan pemerhatiannya terhadap seseorang patient, client atau subject…. So, signs of dilamun cinta, falling in love, cintan cintun bagi aku adalah apa yang aku observe dari manusia – manusia sekeliling aku (specifically.. kat bilik aku ni pun dah cukup)… Banyak gak yang bleh aku konklusikan…. Dr. Green cuba menjadi Dr. Love???... hahaha

Signs of falling in love, in love and gila – gila cinta:
1) Asyik pegang henset je.... Kalu tak tidur dalam 24 jam tu… Nak je pegang henset tu… Even dah tidur pun still genggam henset… Perghh, cam businessman tunggu call business juta – juta…
2) Henset tu pulak …. Tak nak bagi orang lain sentuh sekalipun…. Kalau dah terpegang tu, siap kena sound lagi… “Jangan baca message ye…”…. Alaaa, pinjam jap je.. Nak guna aplikasi Medical Dictionary tu je… Looking for definition of tenesmus laa…
3) Suka bergayut kat henset tu…. Lame gilerr… Dah la bergayut kat hujung dunia…. Macam la orang nak dengar sangat…. Kalau henset tu dahan, boleh patah agaknyer….
4) Ajak pi main futsal pun dah tak nak sekarang…. Aku ada hal la weii… Dulu, pantang kena ajak sket je… Full attire terus with the performance on court…. Jarang sangat dah nak keluar nga kawan – kawan sejenis ni….
5) Bila layan movies ke drama yang jiwang – jiwang sket….. Pantas je cakap, “Weii, macam aku je ni…”, “Citer ni dekat doe nga aku…”… Suka sangat membayangkan, menyamakan diri sendiri dengan watak – watak atau jalan cerita kisah cintan cintun, jiwang – jiwang… Arghh, agak la… Meluat tau orang lain dengar….
6) Suke citer tentang si dia kat orang lain….. Kami x nak dengar la… Cerita – cerita si dia tu awak simpan je la…. Bungkus buat pusaka…. Bukankah itu privacy korang berdua??? Kami x amek pot laa…. Yang penting bila korang nak kawen… Hantar kad jemputan…
7) Suke mengelamun jauh…. Bila duduk kat jendela…. Tengok padang sekolah rendah sebelah hostel tu…. Termenung sorang – sorang…. Ingat kat sape la tu??... Bila duduk kat meja study, buka lampu terang – terang.. buka buku… berjam – jam duk situ…. Dua baris je baca… Nak abis cam ne asyik duk termenung depan buku… Buku yang baca awak lak….
8) Buka laptop, buka speaker kuat - kuat…. Pasang lagu cintan cintun, rock kapak…. Sandar kat dinding, layan lagu – lagu sentimental ni…. Dulu tak pernah pun layan lagu – lagu cam ni… Geli katanya…. Sekarang dah buat U-turn…. Nasib baik la layan gak lagu – lagu tu… Kalau tak, aku hempuk nga buku Kumar & Clark dah….
9) Selalu keluar, pastu balik lewat malam….. Especially malam minggu…. Bila tanya, tak nak jawab…. Cepat – cepat tukar topic lain….. Hmmm, keluar nga awek la tu….. Bro, hati – hati bawa keluar anak dara orang…. Tak elok… Lewat malam lak tu…. Kumpul duit, then kahwin cepat – cepat… Pastu, ajak kitorang pi kenduri… : )
10) Berjam – jam kat depan cermin….. Mendandan je kerjanya…. Dulu serabai je pergi lectures, labs, supermarket… Pakai short tiga suku, baju tak iron je…. Sekarang buat rambut je dah sejam kat dalam toilet…. Tolong la weii, aku nak mandi, nak pergi kuliah gak….

Itu ‘findings’ yang aku observe kat ‘pesakit-pesakit cinta’…… Kebanyakan memang menunjukkan ‘signs of in love’ ni…. Tapi, ni mungkin sebahagian daripada ‘signs’... Berdasarkan inspection dan physical examination aku je….. Nak tahu betul ke depa ni in love… Kena la buat investigation dan intervention…. Ahhh, malas la….. Buat apa nak jaga tepi kain orang kan…. Kain aku sendiri pun tak terbasuh lagi…. Hmmmm, apa pulak ‘symptoms in love with someone’??? Sebelum tu, medically, symptoms ditafsirkan sebagai kondisi, situasi dan keadaan yang seorang pesakit rasa dan complaint kat physician… So, ‘symptoms in love, falling in love or gila – gila cinta’ hanya para pujangga cinta je tahu….. Aku nak describe pun susah…. Ape ek??... Sebab aku tak pernah bercinta pun…. Hmm, cuma admiring someone ade la…Admiring someone dengan falling in love lain tau!! … Tapi ‘symptoms’ nya aku agak la… Lebih kurang je…. and so called as “Pre-love Symptoms” (kahkahkah…ade ke term ni.. main reka je aku ni)….. Sebab aku pun rasa symptoms ni…. Huhuhu….

Symptoms of ‘falling in love, in love dan gila – gila cinta’ (based on my true experience.. symptoms of admiring someone… ^_^)
1) Selalu teringatkan si dia….. Even tengah gosok gigi… : )
2) Loss of appetite…. Bila selalu teringatkan si dia…. (macam kena cancer lak…)
3) Ceria je bila dapat SMS daripada si dia…. Even wish goodnite
4) Selalu bukak FB si dia… Eiii, tak malu… Usha anak dara orang…. :p
5) Ade la jealous sket bila ade boys lain cuba rapat nga si dia…. Orang kata cemburu tanda sayang…. (betui ka naa??)…
6) Tak keruan bila si dia jatuh sakit, ditimpa musibah….. (Aiikkk…. Macam la si dia tu dah jadi wife hang)….
7) …dan kebanyakan ‘signs’ boleh intercept jadi ‘symptoms’…. Betul…. Aku pun pernah memanifestasikan ‘signs’ tu…… Alaaa, dalam clinical features of diseases pun ‘signs’ boleh jadi ‘symptoms’….. Physician boleh nampak, boleh rasa ‘signs’ tu eg. lethargy (letih) dan patients pun boleh complaint yang dia rasa letih….. and vice versa….

Bagi aku, apa pun ‘signs and symptoms of in love or falling in love’…… Cinta itu sesuatu yang suci… Cinta itu kurniaan Illahi….. Jangan cemarkan cinta dengan hanya berbasiskan nafsu semata – mata… Nanti tak kan kemana – mana….. Cintailah seseorang kerana agamanya…. Itu criteria terbaik…. Rasulullah S. A. W bersabda, mafhumnya “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu." (Riwayat Shaihan)…. Buka buku tafsir mengenai hadis ni…. Banyak huraian mufassirin tentang hadis ni…. Korang akan lebih mengetahui tentang cinta!!....

Aku memegang prinsip ini…. “Cikgu BI sekolah saya cakap… Couple tu term untuk orang yang dah kahwin...” kata seorang kawan aku…… Yes, aku lebih prefer bercinta lepas kahwin... Alaa, kunonya.. zaman batunya… tak moden laa…. (peduli apa… aku kan Indie dan Retro….. oldskool la katakan)… Nanti kita bincang topic ni lain kali….. plus cerita tentang “ Nikah Khitbah” atau “Nikah Gantung”… maybe…..

Apa-apa pun, hargailah perasaan ini…. Bukan semua orang dapat…. Hargailah orang yang mencintaimu… Bukan semua orang dapat…. Hargailah segala – galanya yang kita ada sekarang…. Bukan semua orang dapat….. Belajarlah untuk menghargai sesuatu…..

Salam cinta daripada Dr. Green~……

Wednesday, September 22, 2010

Angin Dewa Muda....


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman – temanku….. Buat julung – julung kali aku mengarang tentang kisah ini….. Kali ini, aku nak berperihal tentang suatu perkara yang sangat sinonim dan yang sangat aku minati dalam hidup aku setelah hampir 22 tahun bernafas…… DIKIR BARAT…. Aku rasa sume dah tahu tentang seni warisan budaya yang famous kat Kelate ni…. Sebut aje dikir barat, rakyat Malaysia dari Perlis sampai la ke Sabah mengerti tentangnya…. Ade tuk juara, ade tukang karut, ade awak – awak, ade lenggang lenggok seni tari, ade gemersik paluan rebana, gong dan canang…. Itu basic…… Ramai yang mengaguminya…. Dan aku tidak terkecuali…..
Bagi aku, dikir barat lebih dari sekadar seni…. Seni warisan budaya bangsa…. Ya, dikir barat lebih daripada itu sebenarnya…. Bagi aku, dikir barat melambangkan identiti rakyat Kelate walaupun asal usulnya dari Selatan Thai…. Tapi, ia cukup sinonim bagi rakyat Kelate…. Sampaikan nak kawen pon ade show dikir barat…… Natijahnya, team dikir barat masyarakat Tiong Hua Kelate pun ade….. Dorang pernah keluar dalam Sinar Harian Edisi Kelate 3,4 tahun lepas….. Aku memang respect dorang…. Ya, dikir barat ni bukan hak milik mutlak orang Melayu…. Alunkanlah dikir barat selagi mana mampu dan menyalahi hokum syara’….. Aku cukup geram bila orang gunakan dikir barat sebagai medium memaki hamun, kutuk mengutuk, fitnah – fitnah…… Cisss!! What the hell!!!..... Aku pantang bila orang mencemarkan seni……. Cukup pantang!!!.... Kenapa??  You nak marah I ke??..... Inilah aku…….
Darah seni memang tak asing lagi dalam arteries dan veins aku…..Arwah Tok Chek Daud (moyang aku) dan Ayoh (atuk sebelah ma aku) memang tak asing lagi dalam kalangan orang kampung Tal Tujuh…. Dorang famous sebab Dikir Burdhah…. Salah satu warisan budaya yang makin pupus….. Dikir Burdhah ni lebih kurang Berzanji…. Alunan bait –bait syair memuji keulungan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W….. Time aku kecik – kecik dulu….. Selalu gak follow Ayoh aku….. Seronok tengok dorang berdikir Burdhah…. Hmmm, nanti aku kawen, aku nak suruh Ayoh aku berdikir Burdhah dengan geng – geng dia…. Hehehe.. Lagi satu, Pak Long sebelah abah aku memang minat yang amat dengan dikir barat… Siapa tak kenal dia, Pegawai Waran 1, Aziz Mohd Nor dari KD Sri Lumut…… Pak Long aku aktif berdikir barat time dia berkhidmat sebagai navy kat Lumut dan Kuantan dulu..... Aku bukan nak poyo… Tapi, at least darah seni yang aku ada ni bukan dapat melalui blood transfusion… Aku tahu, aku mewarisinya daripada kaum kerabatku jua…. So, kita ni jangan bodoh sombong nak lupakan keturunan, kaum kerabat…. Jangan jadi kacang lupakan kulit la….
Kisah ku di arena dikir barat bermula sejak sekolah rendah lagi…. Seawal darjah lima….. Time tu aku sekolah kat SK Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas…… Masa tu aku tak tahu apa – ape pun pasal dikir barat…. Pastu, Amer Ketua Pengakap (Darjah 6) ajak aku dan Mat Lan (classmate 5 Iltizam aku) buat show untuk Hari Guru tahun 2000…. Kitorang pun praktis la lagu yang menjadi nyanyian budak – budak time tu… Lagu Ayam Serama nyanyi Fendi Aye Seramo….. Then, perform lagu tu kat atas stage… 3 serangkai….. Cuak yang amat….. Pastu next year, giliran aku dan geng –geng 6 Iltizam aku lak yang perform dikir barat sempena Hari Guru 2001…. Cikgu Salmah Teh, guru kelas kitorang appoint aku ataupu Ajey Jeng jadi tuk juara….. Tapi, aku tak pandai sangat time tu…. So, aku buat la lirik sendiri based on lagu Hindustan (Thumpa Si Ai…betul ke tak ni??...haha)…. Itulah first time aku mengarang lirik dikir barat….. Unfortunately, lirik tu hilang time show tu….. So, aku tak dapat la nyanyi…. Ajey Jeng ambil tempat Tuk Juara tu dan aku main tambourine….. Hmmmm tapi, disitu lah segala – galanya bermula….
Form 1 sampai Form 3, aku tak langsung bergiat aktif dalam dikir barat…. Sebabnya, aku sekolah kat SMKA Falahiah….. Mana bleh layan dikir barat…. Kitorang layan nasyid jer…. Hehehe….. Aku pernah memberontak kat ma dan abah sebab nak tukar sekolah….. Falahiah tak de dikir barat, tak best!!!... Hahaha… Cetek betul pemikiran aku time tu….. Tapi, last – last, aku stay gak kat situ…. Best gak sekolah kat situ…. Ramai kawan…. Kerana Falahiah gak aku masih di sini…. Baruku tahu, Falahiah la tiket aku berjaya dalam pelajaran dan dikir barat….. Kat sini aku kenal Muslih Sang Saka (nak tahu sape??... check FB Muslih Aleng)… Dah famous sekarang dalam dunia dikir barat….. Korang tengok la aksi dia nanti sebagai tukang karut untuk final Dikir Barat RTM 2010…. Bulan Oktober ni kot….. Aku mengaguminya…
Result PMR keluar, aku dapat 8A 1B…. Alhamdulillah…. Then, aku dapat offer pergi SBP… SM Sains Seremban (SASER)…. Pergghhh, jauhnya merantau….. Aku pergi la dengan hati yang berat untuk meninggalkan Pasir Mas pada usia yang muda itu….. Bertambah syahdunya, time tu abah dan ma aku kat Mekah al – Mukarramah…. Dorang kerjakan haji…… Pok Li dan Pok Ji (adik – adik abah aku) yang hantar pergi sana…. Direct terus kepada kisah dikir barat aku kat SASER….. During my Form 4, masa tu Hari Kejohanan Sukan SBP Zon Selatan… SASER dan TKC (Tunku Kurshiah College) jadi hosts…. Then, Jepah (teammate dikir barat aku kat SASER) ajak aku join show dikir barat untuk ending ceremony kejohanan tu…. Tapi aku refuse sebab ma dan abah aku datang… Baik aku jumpa parents aku dari berdikir barat…. Tapi itu bukan pengakhirannya…. Lebih kurang bulan Jun…. Sekali lagi Jepah ajak aku join dikir barat…. Kali ini ajakannya disertakan dengan pujukan dari Miss Hasni (Guru Penasihat Kelab Kebudayaan SASER merangkap guru pengiring team dikir barat SASER)….. Aku baru jer baik dari patah tangan, radius bone-fracture…. Acittt tau…. Sebelum aku diserap masuk dalam team tu…. Aku kena audition dulu…. Untuk posisi Tukang Karut ataupun Tuk Juara….. Ada dua candidates time tu, aku dan Ajey Kuba…. Aku nyanyi lagu Anak Tupai (nyanyian asal Halim Yazid)…. Keluar result, aku terpilih untuk jadi Tukang Karut….Bermulalah karier aku sebagai Tukang Karut…. Walaupun dalam hati aku, aku lebih suka jadi Tuk Juara….
First dikir barat competition aku join dalam hidup ni adalah Pertandingan Dikir Barat Anti – Dadah 2005 peringkat daerah Seremban…. Aku dan teammates pun berlatih la…. Dalam keadaan serba kekurangan dan tak de coach pun….. Berlatih pakai ikut video clips jer… Lirik pun ciplak SMK Getting, Tumpat, Kelate punya….. Then, bila masuk pertandingan, kitorang kalah dengan bekas juara peringkat negeri, SMK Dato’ Linggi…. Dapat la title Naib Juara….. Belum lagi berakhir…. Baru je nak bermula zaman kegemilangan dikir barat SASER….
Bila berakhir je Form 4, time cuti akhir tahun selama sebulan setengah…. Aku pasang angan – angan, aku nak bawa team dikir barat SASER sampai peringkat kebangsaan (tinggi betul cita – cita aku)….. So, selama aku bercuti tu….. Aku buat sedikit homework pasal dikir barat ni….. Segala macam lagu dikir barat aku layan…. Tiap – tiap petang (2-6 petang) aku pasang radio, dengar channel Radio Malaysia Kelate… Rancangan AKOK (Apa Khabar Ore Kelate)…. Dalam tu banyak lagu dikir barat dikeudarakan… Pastu, bila ada show dikir barat kat Stadium Mini, Pasir Mas… Aku ajak abah aku pergi tengok… Macam – macam artist dikir barat aku dengar… Megat Nordin, Jen Endoro, Pok Ku Kamal, Ramli Mahligai….. Balik je…. Aku terus mengarang lirik…. Dalam tempoh sebulan lebih cuti itu, aku karang lirik, gubah lagu untuk Tuk Juara dan lagu karut sekali…. Ada la dalam 5,6 buah lagu dan lirik aku buat….
Bermula je penggal persekolahan 2006, aku panggil semua teammates aku….. Aku bagi tahu dorang pasal plan aku ni….. Pastu kitorang pun proposed semua lagu dan lirik kat Miss Hasni….. Serta merta dia approved…. Latihan kami pun bermula…. Then, bila budak  - budak Form 4 masuk awal bulan Februari, aku rekrut beberapa orang untuk cukupkan team dikir barat SASER ni….. Kami berlatih sungguh – sungguh lepas prep-class… Pukul 11 malam sampai 12 malam….. Jepah (woh kerc’eyy) dan Sinyu(gendang ibu) lead latihan instruments… Ajey Kuba leads latihan awak  - awak dan seni tarinya…. Aku dan Pok Jat Ayoh (Tuk Juara)terus memperkemaskan vocal dan alunan merdu suara… Dan harus diingat, kami langsung tak mempunyai coach (Miss Hasni cakap nak jemput Halim Yazid suruh tengok-tengokkan….Yoo laa tu.. Eden tunggu tak sampai-sampai gak…Hehe)…  Kami berlatih ikut kepandaian, pengalaman dan pengetahuan yang kami ada je… Lirik, lagu dan seni tari pun semua buat sendiri je… Nasib baik semua teammates aku ni orang Kelate….. Senang nak ajar…. Berlatihlah kami sampai hari pertandingan pada bulan Jun…. Kami berdepan dengan sekolah – sekolah yang hebat SDAR (Sekolah Dato’ Abdul Razak ) dan juara bertahan peringkat daerah Seremban, SMK Dato’ Linggi…. Berkat usaha latihan kami sebelum ni, kami jadi juara peringkat ini…. Menang mudah…..Lalu, layaklah kami ke peringkat Negeri Sembilan….Cuak giler pasni….
Kami pun planned la strategy macam mane nak kalahkan juara bertahan yang juga wakil Negeri Sembilan sebanyak 6 kali ke peringkat kebangsaan, SMK Za’aba, Kuala Pilah… Kami modified sikit seni tari… Masukkan unsur – unsure Minangkabau sikit…. 2,3 minggu berlatih….. 22 Julai 2006, pertandingan dikir barat Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Negeri Sembilan……Cuak yang amat… Aku pun tak tahu kenapa hari tu, bila training je…. Palpitation, tachycardia tahap dewa melanda… Sampai lupa serangkap dua lirik… Aii, alamat tak elok ni…. Nak dijadikan cerita, instruments semua tertinggal dalam bas…. Dek kerana sejuk, habis kendur gendang ibu dan gendang anak…. Sinyu dan Mat Wey (gendang anak) bermati – matian memulihkan keadaan…. Segala jampi mentera dibacanya… Turn kami yang kedua….. Aku pun membuka panggung… Kami masuk atas stage dan teruskan persembahan… Semuanya lancer… Gemersik suara Pok Jat Ayoh memukau audiens…. Dan bila aku bangun untuk memulakan karut – marut aku… Audiens senyap membisu…. Macam selisih Malaikat 44…. Bila aku bersuara, barulah tepukan gemuruh meriuhkan suasana…. Aku pun menyanyi…. Dan menari (part ni yang tak bleh blah ni….semua gelak)…. Tiba disaat penentu segala – galanya, aku lupa satu rangkap lirik… Aku tak tahu kenapa keupayaan menggoreng lirik time tu tak kunjung tiba… Jeng koil!!... Aku teruskan persembahan gak sampai habis…. Walaupun kecewa gak sikit…. Then, habislah pertandinga hari tu… Saat yang ditunggu - tunggu pun tiba, keputusan pun diumumkan…. Kami kalah!!!.... SMK Za’aba layak ke peringkat kebangsaan di Pahang… Macam biasa, SASER dapat title Naib Juara….. Bila Miss Hasni tanya panel pengadil, kami hanya dibezakan 2 mata sahaja dengan kejuaraan…. Semuanya salah aku!!!... Sebab lupa lirik, 5 points ditolak… Aduh, semuanya salah aku… Aku kesian kat kawan – kawan semua.. Semua berharap layak ke peringkat kebangsaan…. Mat Wey lagi aku kesian, sampai berdarah tangan time pukul gendang anak… Berlumuran darah kat gendang anak…. Tapi, manisnya ada….. Aku dinobatkan sebagai Tukang Karut Terbaik Dikir Barat Negeri Sembilan 2006….. Terubatlah kekecewaan kami semua…. Sekarang semua kena strive untuk trial SPM 2006…
Lepas trial tu (bulan Ogos), aku dan ahli – ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) joined Perkhemahan PKBM (Laut) Zon Selatan dekat Batu Kikir, Negeri Sembilan….Semua kadet PKBM (Laut) seluruh Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan KL berkumpul kat sana… Ramai staff – staff TLDM Pengkalan Sri Kelang dan anggota Palapes (Laut) join sekali… Tugas aku sebagai tukang karut kat SASER belum berakhir lagi (ingatkan pas kalah hari tu, dah pencen terus)…. Aku pun leads la persembahan dikir barat untuk Malam Kebudayaan PKBML.... Semua kadet PKBML  SASER  naik atas stage… Kali ni partner aku adalah Ajey Kuba… Dia jadi Tuk Juara lak…. Habis je show, kami diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik…. Ceyhh, menang lagi….. Itulah yang aku mampu untuk menaikkan nama SASER… Aku bukan pelajar cemerlang pun kat SASER….. Biasa – biasa je…
Habis je SPM, habislah pengajian aku kat Negeri Sembilan ni….. Tiada lagi panggilan Tukang Karut…. Lepas aku blah je…. Dikir barat kat SASER terus malap…. Aduh!!! Aku ingatkan kegemilangan seni ini akan terus berkembang dan bercambah di SASER dan terus diwarisi oleh  adik –adikku…. Sorry ye adik – adik…. Abang bukan tak nak tolong tunjuk ajarkan…. Tapia bang dah start busy…. Memang tak sempat nak menjengguk SASER lagi….. Suatu hari nanti, abang akan jenguk korang…. Suatu hari nanti……..
Result SPM keluar, then aku dapat offer ke Pusat Asasi UIA (Cenfos), Petaling Jaya…. Asasi Perubatan…. Kat sini, aku kenal ramai geng baru….. 3 minggu bermula, aku dijemput join team dikir barat Ombak Timur…. Kat sini lagi hebat…. Semuanya berbakat dan lagi power, lagi gempak…. Aku kenal Leming (Ketua pasukan), Lah (gendang ibu), Mat Ja, Naqib (Tuk Juara/Tukang Karut), Pok Yeh (Tuk Juara…paling gempak), Nuri (Tukang Karut) dan ramai lagi…. Kat sini, aku bermula dari bawah….. Sebagai awak – awak…. Then, diorang suruh aku main gong (tetawak)…. Mainlah aku gong itu setiap kali shows….. Bila masuk, 2nd year kat Cenfos ni, semua senior keluar…. Tinggallah aku dan rakan – rakan meneruskan Ombak Timur…. Kali ni, aku dan Naqib bergabung tenaga sebagai Tukang Karut… Amer Sa’adong direkrut dan diangkat sebagai Tuk Juara….. Kitorang bertuah sebab dapat tunjuk ajar daripada team dikir barat Sutrapawana, UIA Gombak….. Aku jumpa balik dengan Muslih Aling (senior kat Falahiah dulu), Abe Azwa, Pak Do dan ramai lagi…. Muslih sekarang dah power… Tukang karut yang popular kat area Lembah Kelang dan dah masuk Istana Budaya… buat shows dengan pendikir – pendikir popular lain… Syabas Lih!!!!..... Kat Cenfos, Ombak Timur banyak dapat shows… Opening ceremony itu la, closing ceremony ini la…. Dapat bayaran kot… Tapi bagi aku, aku tak kisah pun pasal bayaran ni… Aku berdikir hanya untuk kepuasan diri…. Dalam banyak shows tu, sekali je aku merasa duit shows tu… Makan KFC bersama teammates….. Aku puas!!!... Dan aku tak kesah pun pasal duit itu….
Aku graduate je dari Cenfos tahun 2009…. Aku meneruskan perjuangan dalam pengajian bidang perubatan dan pembedahan (MBBS) dekat Kulliyyah of Medicine, UIA Kuantan…. Bila aku masuk je UIA Kuantan pada Julai 2009 lalu…. Aku pun terfikir…. Dah berakhir masa aku berdikir barat…. Now, it’s time for the better future…. Tapi telahan aku tidak tepat sama sekali…. Kat sini aku berjumpa dengan Pok Yeh…  Dia ajak aku join team dikir barat UIA Kuantan, Putra Kenchana…… Putra Kechana ni baru setahun jagung…. Pok Yeh minta jasa baik aku untuk jadi tukang karut Putra Kechana…. Sebenarnya, aku serba salah… Ya, serba salah…. Course yang aku ambil sekarang adalah course yang sangat kritikal dan amat susah…… Kalau main – main, tak boleh survive beb!!.... Namun, kerana aku sayangkan seni, sayangkan dikir barat… Aku gagahi juga….. Sampailah sekarang, aku masih lagi bersama Putra Kechana… Dah beberapa kali aku join Putra Kechana buat shows…. Masuk pertandingan Malam Kebudayaan… Macam biasa, dikir barat masih lagi di hati masyarakat kampus…. Putra Kechana jadi johan…. Gelaran dan bayaran bukan yang akan harapkan…. Yang penting apa yang aku buat itu mendatangkan kepuasan….
Itulah kisah aku dalam bidang seni warisan ini….. 2, 346 patah perkataan ini tidak mampu menceritakan rasa cinta aku terhadap seni dan dikir barat…. Aku harus berterima kasih kepada dikir barat… Ya, aku harus….. Kerana dikir baratlah, aku berada seperti hari ini…. Kerana dikir baratlah, aku mendapat tempat di UIA… Kerana dikir baratlah, aku menjadi medical student…. Mungkin selepas ini, kerana dikir baratlah aku menjadi seorang medical doctor……..Aku bersyukur….. Aku tidak bangga dengan gelaran, kejuaraan dan bayaran yang aku dapat sebelum ini….. Tapi, aku bangga sebab berusaha mengekalkan seni budaya ini…. Aku tidak tahu masa depan aku dengan dikir barat selepas ini…. Aku tidak tahu, adakah akan ada lagi seni dikir barat ini….. Aku tidak tahu…… Cuma aku berharap dan terus berharap…. Akan ada lagi pewaris seni budaya bangsa ini….. Jangan biarkan dikir barat ini pupus dan lupus….. Ini jati diri aku…. Ini jati diri kita!!!.... Aku akan terus berjuang dan memperjuangkan seni ini….. Aku akan terus menjadi pujangga seni ini…. Aku akan terus bernukil…. Aku akan terus berkarya….. Kerana aku cintakan seni…. Cintakan dikir barat….. Kerana aku cintakannya…..

Tuesday, September 21, 2010

aKu tEtaP aKu...............


Assalamualaikum buat teman – temanku sekalian…. Panjatkan syukur ke hadrat Allah Ta’ala sebab diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ciptaanNya….. Selawat dan salamku ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan ke atas keluarga baginda….. Bersyukur kita kerana berkat nikmat Iman dan Islam…. Bersyukur kita kerana jerih dan kesukaran baginda Rasulullah, kita masih lagi berpeluang berpayung di bawah naungan Islam…. Jangan jadi bongkak!!!!
Aku sebenarnya dah lame teringin hendak mempunyai  blog sendiri…. Baru sekarang ade kesempatan ruang dan peluang untuk bersama – sama bloggers lain dalam ruangan maya ni…. Memang bagus gak ade blog ni…. Korang bleh share ape yang korang rase…. Korang bleh bagi masyarakat sekeliling aware dengan ape yang korang nak cakap, nak luahkan n yang korang rase dalam hati…. Blogging memang satu fenomena…. Berlambak blogs…. Yang bagus pon ade, yang kurang bagus ade…. Ish..Ish..Ishh….
Blog ni sebenarnya medium untuk aku meluahkan ape yang aku rase…. Sebab aku lebih suke meluahkan sesuatu yang terbuku di jiwa melalui tulisan daripada berkata – kata…. Aku memang tak pandai langsung bila bercakap….. Tapi aku bagus bila menulis…. (tengok la sape ni kan…Guru Muda Bahasa Melayu kat SASER kot….hahaha…poyo!!!)… plus mungkin darah kesusasteraan Melayu ma aku mengalir melalui veins dan arteries (ma aku kerja sebagai guru Bahasa Melayu)….. Hmmm, aku suke menulis, suke melukis, suke mengarang lirik, suke menggubah lagu, suke berdikir barat dan aku suke segala-galanya tentang seni….. Aku sangat menghormati orang yang menghargai karya – karya seni…..
Mungkin teman – temanku yang membace dan mengikuti blog ni….Akan mengerti siapa la jejaka kudus ni….Ya, benar sekali…. Ape yang aku luahkan dalam ruangan ini…. Lebih berkisar tentang hidup aku, tentang pengamatan aku, tentang sudut pemikiran aku…. Korang mungkin boleh tahu pandangan aku terhadap sesuatu perkara, isu dan sebagainya….. Korang akan tahu siapa aku….. Gelarkanlah aku dengan Mat Din, Judin, John, Pete, Setiu, Chuteng, Din Besi, Din Boyo, Din Phyton, Izzudin, Mat Yo, Emeraldo, Dr. Green ataupon Iz (name paling manja pernah aku terima…. sorang jer yang panggil aku camni) pun….. Aku tak kesah…. Kerana gelaran bukan mengubah ape – ape pun tentang aku…. Aku tetap aku….. Siapa aku???  Nak tahu hati budi aku???  Nak tahu perangai aku??? Nak tahu ape yang aku suke??? Ape yang aku tak suke????  Pandai – pandai la korang siasat sendiri……
Akhir kalam, selamat berkenalan dan terima kasih kepada yang sudi membaca coretan sang fakir ni….. terima kasih kerana sudi baca luahan rasa aku….. terima kasih… terima kasih… terima kasih… Wassalam..