Friday, January 14, 2011

Aku Terima Nikahnya Dengan Pinky D, Dengan Mas Kahwin Sebanyak Yang Tersebut...

Assalamualaikum….

Tanggal 14 Januari 2011, pukul 7. 43 malam.. Dr. Green, 890131 – 03 – xxxx, telah sah bergelar suami kepada Ms. Pinky D…. Hanya dengan sekali lafaz akad sahaja….. Aku diakadkan oleh Tok Kadi khas dari Kuantan, Ustaz Abdul Rahman Mokhtar a.k.a Man Top… “Aku terima nikahnya dengan Ms. Pinky D dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut”…. Ayah Pinky D sendiri, Mr. Alan yang mengesahkan perkahwinan kami ini… Sambil disaksikan ahli – ahli jemaah di Masjid CamWorld, LowYat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur….

Aku sungguh gembira hari ni…. Dah lama aku tunggu saat – saat ini…. Sejak mula – mula aku kenal Pinky D lagi…. Kat dalam rahim ibunya lagi…. Aku ingat lagi tarikh perkenalan kami… 19 September 2010…. Hari tu la Pinky D dilahirkan ke dunia… Aku tak tau kenapa pada tarikh tu aku tergerak untuk berkenalan dengan Pinky D…. Kami hanya berkenalan melalui internet sahaja…. Biasalah.. Zaman moden kan sekarang…. Mungkin kami dah ditakdirkan bersama sejak azali lagi kot… Sudah jodoh kami… Ketentuan Illahi semuanya….


Mula – mulanya, aku gentar dan cuak jugak nak melamar Pinky D.. Sebab kewangan pada awalnya membataskan perhubungan kami…. Asalnya, aku hanya mahu melamar adik Pinky D… Tapi, atas nasihat Tok Kadi ManTop, “Baik ko aim yang kakaknya tu…. Adiknya tak lawa la…. Rugi nanti… Kalu nak, baik amek yang terbaik terus….. Pinky D superb kot…..”… So, atas nasihat Tok Kadi… Aku hold dulu nafsu aku…. Sabar punya sabar…. Akhirnya, mas kahwin dah cukup… Ape lagi…. Aku pun lamarlah Pinky D… Dia pun terima je…  Ayah Pinky D selambe je cakap, you angkat je la anak saya ni…. Mas kahwin saya kurangkan…. Janji lu berdua hepi ma…. So, aku pun akadlah nikah…. Dan dah sah!!!..... Pinky D kini milikku selamanya……

Perjalanan nak gi akad nikah tu pun dah banyak halangan….. Dah la jauh, dari Kuantan nak ke KL…. Perjalanan pulak penuh ranjau dan onak…. Aku dan Tok Kadi naik bas je pi KL…. Elok dah plan naik bas Bulan Restu pukul 12.30 tghari… Tok Kadi lak buat onar… Buleh lak dia tertinggal bini, si Didi kat Lecture Hall…. So, terpaksa la tunggu dia pi jemput si Didi dulu…. Bas Bulan Restu pun dah blah dulu…. Aku dah down giler time tu…. Aishh, tak sampai jugak kan hajat aku nak kahwin nga Pinky D ni…. Tapi, Tok Kadi sampai kat Terminal Makmur dengan si Didi dia… Muka dah guilty giler…. Tapi, alang – alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan… Tiket bas tadi kira burn, so rombongan kahwin aku beli tiket baru, bas Mega Jaya…. So, bertolak lah kami ke KL pukul 2 ptg… Sampai kat Jalan Perkeliling pukul 5.30 petang…. Aku dan Tok Kadi terus pi cari Pinky D…. Last – last jumpa kat Masjid CamWorld tu… Setelah lama bermukaddimah, bermadah dan berpantun… Ayah Pinky D selambe je cakap, you angkat je la anak saya ni…. Mas kahwin saya kurangkan…. Janji lu berdua hepi ma…. So, aku pun akadlah nikah…. Dan dah sah!!!..... Pinky D kini milikku selamanya……

Lepas say good bye kat ayah Pinky D, Mr. Alan…. Aku pun mintak izin nak beransur pulang dengan Pinky D dan pakaian2 nya… Rombongan resepsi ke Kuantan pun banyak onak gak…. Keluar Masjid CamWorld tu… Hujan lebat lak kat area KL ni…. Aku nga Tok Kadi berpecah kat stesen Imbi tu…. Tok Kadi nak pi honeymoon  kot nga si Didi tu…. Hahaha…. Aku pun keseorangan naik KL Monorail kat stesen Imbi pi stesen Titiwangsa.. Nak naik bas balik Kuantan lak kat Jalan Perkeliling…  Pukul 10.30 malam, aku dan Pinky D bertolak ke Kuantan naik bas PlusLiner…. So, atas bas tu la, malam pertama kami berdua… Pheewittt!!!....

Hmmm, so aku harapkan, hubungan aku dengan Pinky D akan kekal selamanya sehingga akhir hayat Pinky D…. Semoga kami bahagia sentiasa…. Anak – anak kami nanti, aku akan kongsi dan tunjukkan kat korang semua… Semoga anak – anak tu nanti lawa, cantik, briliant, mantap, marvellous dan terbaik la hendaknye…. Aku pun baru nak belajar berumahtangga je ni…. So, mengharapkan tunjuk ajar yang terbaik dari Tok Kadi, dan Kaunselor2 Rumah Tanggaku; Syazwan Rusly (Wan Prof), Izzul Hazwan (Sai Baba), Aishamuddin (Aisha), Firdaus Zainal (Pidot), Areesh Mohamad (kawan aku dari Maldives)…..
So, kenalkan, Pinky D aku ni ialah NIKON D7000……….

<Hmmm, kawan aku ade tanya apsal ko minat nak ambik2 gambar lak sekarang ni??... So, sebenarnya, aku sangat menghargai gambar – gambar yang cantik… permandangan2, events, actions and so on yang amat menarik… Lagipun, aku sangat suka berkarya…. So, dengan Pinky D ni, aku harap aku bleh berkarya dengan suatu benda yang baru, berkarya dengan cahaya!!.....

Lagipun, DSLR and Doctors are really significant…. Seriously, aku tengok ramai doctors yang berminat dan bergiat aktif dalam dunia photography ni…. Maybe sebagai salah satu cara untuk release tension lepas treat patients kot…. Mencari keseronokan di waktu lapang dan menikmati keindahan ciptaan Illahi… Aku tak harap aku jadi hebat macam Associate Prof. Dr. Jamal Rahman (DSLR dah RM16k, lens dah RM15k, tripod harga RM6k... perggghhh!!!), Dr. Imam dan ramai lagi…. Aku harap aku hanya jadi Dr. Green jer… Berkarya secara bebas, indie, tenang dan peacefully….

Ramai gak tanya aku, Nikon or “Nikoh”???... Mas kahwin sama mahal jer tu…. Hahaha…. So, aku pilih ‘bernikoh’ dengan Nikon…. Lek lu…. Muda lagi…. Lagipun, aku belum jumpa lagi Dr. Pink idaman hati aku… Sape la aku untuk bernikah sekarang ni…. Besaq oii tanggungjawabnya…. Aku rasa aku belum layak untuk memimpin seorang wanita…. Dengan perangai dan sikap aku sekarang ni… Tak mungkin Dr. Pink akan tahan dengan aku…. So, Dr. Pink!!... Suatu hari nanti, abang akan cari you… Tak kisah la you tu sape2 pon… Abang tahu Dr. Pink ni wujud… You akan jadi milik abang… We’re meant for each other.. I’m yours and You are mine!!!..... Bersabarlah… Akan tiba waktu itu….. >

Wassalam….

Dr. Green

3 comments:

  1. hahaha. spray la kaler pink! baru nampak isteri ko tu comel! haha

    ReplyDelete
  2. fiffy: hahaha.... kalau dah spray xnmpak lak the real beauty of my 'wife' tu....haha.... dihatiku dia tetap pink....

    tikah: hahaha....bila2 pun bleh beli... hehe.. cool ke??... beli la satu.... awk pasti cool gak... :p

    ReplyDelete