Assalamualaikum buat teman – temanku sekalian…. Panjatkan syukur ke hadrat Allah Ta’ala sebab diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ciptaanNya….. Selawat dan salamku ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W dan ke atas keluarga baginda….. Bersyukur kita kerana berkat nikmat Iman dan Islam…. Bersyukur kita kerana jerih dan kesukaran baginda Rasulullah, kita masih lagi berpeluang berpayung di bawah naungan Islam…. Jangan jadi bongkak!!!!
Aku sebenarnya dah lame teringin hendak mempunyai blog sendiri…. Baru sekarang ade kesempatan ruang dan peluang untuk bersama – sama bloggers lain dalam ruangan maya ni…. Memang bagus gak ade blog ni…. Korang bleh share ape yang korang rase…. Korang bleh bagi masyarakat sekeliling aware dengan ape yang korang nak cakap, nak luahkan n yang korang rase dalam hati…. Blogging memang satu fenomena…. Berlambak blogs…. Yang bagus pon ade, yang kurang bagus ade…. Ish..Ish..Ishh….
Blog ni sebenarnya medium untuk aku meluahkan ape yang aku rase…. Sebab aku lebih suke meluahkan sesuatu yang terbuku di jiwa melalui tulisan daripada berkata – kata…. Aku memang tak pandai langsung bila bercakap….. Tapi aku bagus bila menulis…. (tengok la sape ni kan…Guru Muda Bahasa Melayu kat SASER kot….hahaha…poyo!!!)… plus mungkin darah kesusasteraan Melayu ma aku mengalir melalui veins dan arteries (ma aku kerja sebagai guru Bahasa Melayu)….. Hmmm, aku suke menulis, suke melukis, suke mengarang lirik, suke menggubah lagu, suke berdikir barat dan aku suke segala-galanya tentang seni….. Aku sangat menghormati orang yang menghargai karya – karya seni…..
Mungkin teman – temanku yang membace dan mengikuti blog ni….Akan mengerti siapa la jejaka kudus ni….Ya, benar sekali…. Ape yang aku luahkan dalam ruangan ini…. Lebih berkisar tentang hidup aku, tentang pengamatan aku, tentang sudut pemikiran aku…. Korang mungkin boleh tahu pandangan aku terhadap sesuatu perkara, isu dan sebagainya….. Korang akan tahu siapa aku….. Gelarkanlah aku dengan Mat Din, Judin, John, Pete, Setiu, Chuteng, Din Besi, Din Boyo, Din Phyton, Izzudin, Mat Yo, Emeraldo, Dr. Green ataupon Iz (name paling manja pernah aku terima…. sorang jer yang panggil aku camni) pun….. Aku tak kesah…. Kerana gelaran bukan mengubah ape – ape pun tentang aku…. Aku tetap aku….. Siapa aku??? Nak tahu hati budi aku??? Nak tahu perangai aku??? Nak tahu ape yang aku suke??? Ape yang aku tak suke???? Pandai – pandai la korang siasat sendiri……
Akhir kalam, selamat berkenalan dan terima kasih kepada yang sudi membaca coretan sang fakir ni….. terima kasih kerana sudi baca luahan rasa aku….. terima kasih… terima kasih… terima kasih… Wassalam..
No comments:
Post a Comment