Monday, November 29, 2010

Kita manusia, kita bukan babun...........

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat teman-teman sekalian…. Harap la sihat dan ‘indie’ sentiasa macam aku ni…. Hehehe… Happy- go- lucky memanjang… No sad, no more worry…. Best kan jadi aku???... Haha… Ape rahsianya?? Lain kali aku cerita…. Kali ni aku nak cerita mende lain…. More or less, just like I’m sharing my thought to you all… Aku mungkin bukan yang terbaik untuk menghurai tentang isu ni…. Aku sedar, aku ni bukannya baik sangat pun…. Korang mungkin tak mau kenal aku kalu dah tau sape aku ni…. Sorry k… I’m just being who I am…. : )

Alrite, berbalik kepada mende yang aku nak cerita…. Semalam (29 Disember 2010), lepas solat Maghrib, aku pi la bukak TV…. Sambil-sambil tunggu nak pi solat Isya’ kat masjid nga abah… Aku bukak channel TV1… tyme tu on-air National Geography… citer tentang “Babun”… seronok aku tengok babun – babun tu beramah mesra sesama depa….Hahaha… ni lagi seronok kalu aku layan nga Tok Ayah aku… Dia memang suka bebenar la binatang – binatang ni…. Hehehe….

Then, sampai satu part… Scene bila sekor ibu babun ni buat tak peduli jer kat anak dia… Anak babun tu punya la meraung, menjerit macam anak manusia….. Hehe.. Ibu babun tu buat derk, donno jer bila anak dia nak berpaut kat bawah perut ibu dia tu… Meanwhile, commentator pun cakap… “Kadang kala, ibu – ibu babun tidak akan mempedulikan anak – anaknya yang nakal…. Ia adalah sebagai pengajaran kepada anak – anak babun itu..” Hehehe…. Aku pun rasa geli hati gak… Macam manusia yer…. Hehehe… Then, kuar satu scene lagi… Yang mana, si ibu babun tadi sedang membelai rambut anak babun yang nakal tu tadi… Commentator pun cakap.. “ Umumnya, ibu – ibu babun adalah penyabar dan sangat melindungi anak – anaknya…”… Tiba – tiba, hati aku terdetik bila commentator cakap camtu sambil tengok scene tu…. Hehe… Bermonolog dalaman lagi la tu…. :p

Aku terfikir tentang mende yang agak common sekarang… Dulu, masa aku kecik2, awal tahun 90-an, lewat 90-an, mana ada aku dengar tentang kes – kes camni….. Kes ape tu???... KES BUANG BAYI la bai…. Bukan buang bayi kucing ke rimau ke siput….. Buang bayi manusia la!!!…. Hmmm, manusia???? Ape tu???... Species binatang ke???... Memang sangat common la sekarang…. Hari – hari ada kes buang bayi manusia…. Sampaikan pagi Raye Qurban ari tu, orang tengah duk solat sunat Aidil Adha, dengar khutbah, duk sibuk korbankan lembu… Keluar lak berita tentang penemuan dua bayi yang dibuang kat tepi kaki lima…. Sorang masih hidup, sorang lagi dah jadi mayat…. Bai mayat ke??? Mayat manusia la…. Manusia yang saiz kakinya sebesar dua jari tangan aku… Manusia yang kepalanya sebesar penumbuk aku… Manusia yang dilahirkan ke dunia atas kesilapan mak ayah diorang… Manusia yang dibuang kat tepi longkang, dalam sungai, dalam tong sampah, tepi jalan atas dasar penyesalan mak ayah ‘binatang’ diorang….. Bukan bangkai kambing ke biawak ke cicak tokek@pokke...... Mereka manusia!!!.. MANUSIA!!!!!!!!.........

Aku tak tahu la berape banyak kes buang bayi, kes anak luar nikah yang aku akan jumpa kat Maternal Ward kat hospital nanti..... Akhir zaman!!!!!!!!!!!!!!......

Apsal doe korang2 yang cam ‘binatang’ ni buang anak – anak korang yang tak bersalah????.... Apsal?????..... Kalau la korang tak nak anak tu…. Jangan la dibuangnya…. Bagi la kat orang yang memerlukan anak…. Korang ingat sampah, sisa makanan ke anak – anak tu…. Tak nak, terus buang…. Berapa ramai pasangan yang dah kawen bertahun – tahun tak dapat anak sorang pun…. Korang tak ingat ke kisah Nabi Ibrahim a.s…. Baginda dah umur lanjut baru dapat anak, Nabi Ismail a.s…. Baginda punya la bersyukur kat Allah sebab kurniakan zuriat kat diorang… Walaupun umur dah lanjut…. Korang tak ingat ke??? Ke korang tak baca al-Qur’an, tak baca kisah – kisah Rasul…… Korang ni solat ke??? Atau korang ni memang tak tahu ape itu masjid, ape itu sejadah…. Korang tahu ke yang korang tu Islam?????? Atau korang tak tahu Islam tu ape???..... Korang tahu ke ape itu Allah S.W.T?????? Korang tahu ke x???? Allah tu la yang menciptakan korang dan anak yang korang buang tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!........

Allah tu la yang ciptakan manusia sebaik – baik penciptaan…. Korang tahu ke pasal mende ni??... Allah dah tegaskan dalam surah at-Tin, ayat ke-4…. Korang tau ke x??.... Ohhh, lupe… Korang tak kenal pun ape itu al – Qur’an….. Sebaik – baik penciptaan bai….. Allah buat manusia tu ade aqal….. Aqal tu ape ye????... Aqal tu la yang membezakan korang dengan babun – babun tu tadi…. Membezakan korang dengan pokok bunga tahi ayam, biawak komodo kat Pulau Komodo, Indonesia atau khinzir dari ladang khinzir Ah Tat…. Kalu babun – babun pun boleh sabar, sayang dan sangat2 melindungi anaknya…. Kita??…. Kita ni manusia!!!!! Allah dah kasi aqal supaya berfikir dan bersyukur…. Bersyukur la…. Allah dah beri nikmat hidup…. Nikmat subur untuk berzuriat…. Korang ni lagi teruk dari babun ke????????????

Kalu korang nak sangat buat seks…. Dah kemaruk sangat… Dah sangap tahap dewa…. Dah gila cinta sangat….. Why not… You all cakap baik – baik nga family…. Bawak berbincang banyak – banyak… “Mak, ayah.. Saya nak kawen… Saya rasa saya ni dah wajib kawen dah ni….Saya tak mahu jadi menda tak baek nanti….”… Cakap baik – baik, explain elok – elok…. Sure, parents korang akan faham…. Sebab depa dulu pun macam tu jugak… ( sounds like Dr. Shamsul Deraman tak??....hehehe)….. Hmmmm, yang dah dilamun cinta tu, you should have target to get married as soon as possible…. Jangan la target nak buat seks nga awek, nga balak as soon as possible lak…. Nak target tu pon bleh gak, tapi get married first la brother!!!.... Haiishh, noty betul….. Jangan la nak berzina pulak…. Ingat larangan Allah dalam al – Qur’an, surah al-Isra’ , ayat 32….
“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

…. Kang aku dah cakap sebelum ni “ Cinta itu suci,.. Kurniaan Illahi,.. Jangan cinta itu berbasis nafsu yang mati,.. Kelak binasa diri…”…Bincang elok – elok dua – dua family, kumpul duit dulu…. Then, kahwin laaa…. Jangan tunggu lama – lama… Pastu, nak buat anak dua team futsal pun, buat la…. Suka ati korang… Just sayangi la bini, suami dan anak – anak korang…. Berbahagia la sampai ke anak cucu cicit…. Just jangan seksa, dera anak korang….. Aku cukup benci, cukup pantang!!!.... Anak – anak dilahirkan untuk dididik dan disayangi……. Babun pun bleh sayang anak – anak dia, inikan pula manusia yang beraqal!!!.... Fikir – fikirkan la….. (ditujukan untuk semua termasuk la diri aku sendiri…)…. : )

Wassalam…. dR.gReeN~






{Article ini dinukilkan oleh pengarang atas dasar menyahut seruan dari Dr. Shamsul Draman MD. (USM) dari Deparment of Family Medicine of Kulliyyah of Medicine of International Islamic University Malaysia (IIUM) Kuantan Campus…. Yang menyeru agar bakal – bakal doctors IIUM supaya menerapkan nilai – nilai dan roh Islam dalam setiap perkara, menyebarkannya kepada komuniti luar demi mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan diberkati Allah untuk sesebuah keluarga atau komuniti yang bahagia…..Article sekadar pandangan peribadi daripada pengarang yang juga merupakan Medical Student of Kulliyyah of Medicine, IIUM…. Sekadar renungan bersama….}

Thursday, November 25, 2010

Because it is so significant..................


Salam dan selamat berbahagia buat teman – teman sekalian….. Dua tiga hari lepas, aku ngah usha FB aku, kawan-kawan…. Take a break jap… Penat otak membaca, menghafal dan menghadam notes “Surgery”…. Tibe-tibe, aku tengok ada satu link menarik dipost kat page kawan aku…. So, aku baca….. Tengah aku sedang ‘operate’ article tu… Seraya aku bermonolog sambil dilatari oleh background sound ‘Tentang Kita’ nyanyian band indie, Couple… “Hmmm,awat ni?? Macam ade kena mengena jer….” Bile ngah digest article ni, pulse rate aku increased, respiratory rate aku pun mildly increased… Increase adrenaline secretion agaknyer…. Lo’lat betuii, tyme2 nak exam nih…. Hahaha…. Article ape yang mengugat jiwa keras, indie aku ni ye??? (modified sket yang relevant,  kasi realistic, n benar nga aku..hehe).... :p

Jgn kecewakan org yg mencintai kamu


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu, di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa badan kamu kurus dan tak macam model


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Camat pagi, comey’,'Gudnite, ‘Bubum lek lok’, ‘Take Care’, ‘Jangan noty2’, ‘Chayyok!!!’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya, walaupun hanya keluar makan kat kopitiam. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan dia sanggup untuk search dan download lagu – lagu kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga. Walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi exam, dia akan tanyakan bila exam itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’, ‘chayyok’, ‘all da best comey’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, kad raye ke sekotak coklat ke , tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu walaupun dia jauh di negeri lain.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih ataupun mahu jadi seperti keluarga kamu sendiri.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindui kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarkanmu sesuatu maka dia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!... Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat, kad raya kamu bagi di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan cuba slow down, menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh, menyeksa hatinya!!!.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan. Dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Agak terkesan gak la dengan article ni….. Awat ek rase cam dekat jer??.... Hahahaha… Damn, nak exam dah tyme tu…. So, b4 aku undurkan diri buat kali….. Ni madah aku untuk para pujangga cinta!!!.....

Cinta itu sesuatu  yang suci…

Cinta itu kurniaan Illahi….

Jangan cemarkan cinta dengan nafsu yang mati…

Jagalah cintamu sepenuh hati….

Berbahagialah orang yang dicintai….

Dan…


 Hargailah orang yang mencintai….. 
dR.gReen~ : )

Wassalam..........

Thursday, November 4, 2010

Dari pandangan seorang abang...........

Assalamualaikum…. Pe habaq semua?? Sehat ka??.... Ari ni aku amat – amat boring….. Tak tahu nak buat ape….. Layan muvies je memanjang…. Tapi, lepas Asar tadi, ade sesuatu yang menarik aku buat…  Seronok gak sebab ngah boring giler…. Roomates yang lain ramai balik kampung halaman sebab cuti Deepavali plus off day tak de lectures… Tinggal aku nga 2,3 orang lagi je… Memang betul – betul sunyi kat bilik 2,3 hari ni….. Aku kesunyian…..

Tapi, ngah aku baru nak terlelap, Dr. Macha datang ketuk bilik aku…. Terbangun aku dari lamunan.. Dr. Macha ajak aku pi Rumah Casa Harapan…. Pi tolong bagi tuition, main – main nga budak – budak kat sana… Aku mulanya refused… Tapi, pikir – pikir balik best je ni… Aku pun follow la…. Dr. Rafek, Dr. Zai n Dr. Ocheed pun ade gak…. Mulanya, aku ingatkan kami berlima  jer… Then, Dr. Macha kate ade 6 orang sisters yang follow gak… Dr. Sheena, Dr. Ain, Dr. Ili, Dr. Sarina, Dr. Isha n Dr. Aina Sharleena…. Pas Asar, kitorang gerak la ke Casa Harapan tu, yang terletak kat on the way nak gi Teluk Cempedak.. Sebelum rumah MB Pahang…. Ade sebuah bungalow yang menempatkan 2,3 orang wanita bekas penagih dadah… Depa duk sana nga anak – anak, ade 6,7 orang tadi…. Dari umur 4,5 tahun sampai 13,14 tahun…. Mak diorang tu ade yang mengidap HIV… anak – anak depa pun ade yang berHIV…. Aduii, tu yang aku kesian tuh….

Sampai sana, aku mulanya tak tahu nak wat pe…. Aku tak kenal lagi diorang… Kawan – kawan aku yang lain ada yang dah berkali – kali gi…. Ade yang amat dedicated dalam bagi tuition ni… Tiap – tiap minggu pergi…. Aku memang respect Dr. Afiq Kodiron , Dr. Aina Sharleena n yang lain…. Tak berbayar, tak de upah… Diorang sanggup korbankan sedikit waktu belajar… Aku??? Ishh… Tak tau la…. Mula – mula, budak – budak tu boo layan jer aku…. Tak biasa kot… Tapi, nasib baik la aku ni suka budak – budak… Aku try la approach Fatah, Hairy, Nurul n Bani…. Yang paling sombong nga aku, si Ika….. Tapi, dia yang paling kecik, paling comel… Lagi la aku suka nak approach…. Eiii, aku suka tengok dia senyum, gelak… Nampak gigi yang jarang tuh… Hehehe…

Kawan – kawan aku yang lain suma duk ajar budak – budak tu Maths, English, BM…. Dr. Aina duk ajar Bella, 14 n Arisha, 13 subjek Science…. Aku pulak duk observe je dulu….. 10, 15 minit aku duk diam…. Observe kawan – kawan aku duk layan budak – budak tu… Ape yang aku tengok… Diorang seronok bila kami  datang… Walaupun seminggu sekali… Depa menanti – nantikan kedatangan kitorang…. Hmmm, depa memerlukan perhatian….. Then, aku approach Nurul… Boo layan…. Nampak mengantuk jer…  Malas nak kacau, aku gi ajar Bani Maths…. Degil tul budak ni…. Hahaha… Lagi la aku seronok ajar… At least aku bagi input kat Bani… nak kira pakai jari tangan…. Pastu, kawan – kawan aku panggil aku… Depa cakap si Hairy tu kutuk – kutuk The Red Warriors…. Ishhh, hangin aku…. Hahahaha… Tak de la… Aku pun nampak ade can ni nak approach si Hairy ni lak…. Aku tinggalkan Bani kat Dr. Sarina lak… Gi borak – borak nga si Hairy ni lak pasal bola, pasal The Red Warriors… Aku pun tunjuk la gambar – gambar time final Piala Malaysia ari tu dalam henset … Seronok dia….. Hehe.. Pastu dia cakap, “Abang player Kelantan kan.. kan?? Selalu score kan??”… Aduii la… Ni mesti nganying kat aku ni…. Semua pakat duk peril aku ni kembar, sebijik cam Mat Yo a.k.a Norshahrul Idlan Talaha tu sekarang… Sampai budak – budak ni pun sekali… Aduii.. Tapi, tak pe…. Seronok borak – borak nga si Hairy ni…Then, kitorang main bola kertas…. Buat players, goals n bola pakai kertas…. Riuh duk main menda tu…. Dr. Zai kena bantai kaw – kaw kat si Fatah tu…. Macam pro je main bende tuh…. Wakil sekolah ke??? Hahahahahaha…..

Then, kitorang keluar rumah tu… Main teng teng a.k.a dekcok ambak kejap…. Seriously, aku dah lupe cam ne nak main…. Last main, waktu Darjah 1,2 agaknya… Dr. Rafek n si Fatah tu gempak… Laju jer… Pastu aku penat.. Aku masuk dalam… Biarkan depa yang main… Aku masuk.. Duk rilek – rilek… Aku capai pensel n kertas kat depan aku tu… Sambil – sambil tengok depa duk main.. Aku melukis…. Tak sampai separuh pun siap… Si Bani datang, “Bang, lawa la bang melukis…”.. Then, Dr. Macha datang.. Pun cakap mende yang sama…. Pastu aku terus jadi malas nak siapkan lukisan tu…. Sebab Ika datang, dia baru pas mandi.. Eiii, comelnyerrr…. Then, aku, Dr. Macha n Dr. Zai duk usik – usik dia…. Ika yang sombong tadi, terus jadi peramah nga kitorang…. Aku suka sangat tengok si Ika tu senyum, gelak…. Eiii, geramnyer…

Pastu, jam kat tangan dah nak pukul 7.00 malam…. Kitorang pun nak gerak balik UIA lak…. Aduiii… Baru nak start seronok duk kat Casa Harapan ni…. Aku nak keluar dari rumah tu, Dr. Macha ambik aku nyer lukisan yang tak siap tu… Tampal kat board….. Hahaha… Ok.. Nanti aku datang lagi, aku siapkan…. Then, kitorang pun siap – siap nak balik…. Aku salam – salam nga budak – budak tu…. Duk bergurau – gurau nga budak – budak tu sebelum melangkah keluar pagar…. Bagus tul budak – budak tu… Siap cium tangan lagi bila salam… Then, ngah aku nak keluar pagar tu…. Tiba – tiba si Ika dan si Hairy tu datang… Peluk aku, pegang tangan aku…. Depa cakap, “Bang, tak yah balik la….”… Aduiii la… Lagi la aku sayu… Tambah – tambah si Ika tu…. Suara kecil si Ika tu lagi la menyentuh hati aku…. “Bang, datang lagi ye…”… Ohhh, syahdu – syahdu…..Pastu, aku suruh budak – budak tu masuk rumah… “Okay2… Nanti abang datang lagi ye…. Dah – dah… Pi masuk, mandi – mandi dulu ye… Dah nak Maghrib ni….”… Aku pun berlalu pulang dengan hati yang sayu……. Sambil melambai – lambai tangan kat depa…..

Tu kisah rumah Casa Harapan aku hari ni…. Kisah yang amat bermakna bagi aku…. Walaupun bagi orang lain mungkin tak de makna pun…. Seronok bila bergaul nga budak – budak… Aku ni dah la suka budak – budak.. Nak2 yang laki… Aku kan tak de adik laki…. Sorang je hero kat dalam family aku… Yang lain sume heroin…. Hmmm, puas gak hati aku bila buat kerja – kerja cam ni…. Sekali – sekala buat kerja – kerja amal… Cari sedikit kebajikan, dapat gak sebakul dua pahala…. Aku ni dah la jahil, nakal dan tak senonoh… Banyak buat dosa, buat jahat…. Best bila dapat wat amal kebajikan….. Dan lagi satu, jangan la kita memilih bila nak wat amal kebajikan…. Cam tadi, jangan dengar tentang pesakit HIV.. terus nak lencong… Depa semua tu manusia gak…. Perlukan kehidupan, perlukan pertolongan, perlukan kasih sayang dan perhatian… Kadang kala aku terfikir…. Aku ni terlalu sibuk dengan hal sendiri sampai lupa tentang community sekeliling… Aku ni dah la  nak jadi doctor… Haisshhh…

Aku sibuk dengan aku punya study… Buku, notes… Aku sibuk dengan aku punya jawatan… Meeting, meeting, programmes…. Aku sibuk dengan The Red Warriors…. Stadium, stadium, stadium… Aku sibuk dengan cinta hati, perasaan sendiri… Mesej, mesej, mesej…. Aku lupa orang sekeliling pun berhak ke atas aku…. Aku lupa…. Tak bleh ke aku luangkan masa sedikit untuk depa??? Depa perlukan perhatian daripada orang – orang yang macam aku ni… Orang yang terlalu sibuk dengan kepentingan diri sendiri…. Hmmmmm, aku harus berubah……………..

Miss Ika sangat – sangat…. Nanti abang datang lagi ye budak kecik yang comel.. : )

Wassalam…. Dr.green~

p/s: Sorry... aku hanya provide satu gambar tu je... ade banyak sebenarnya.... tapi atas dasar menjaga privacy clients Rumah Casa Harapan... aku hanya bleh tunjuk yang tu je ye.. etika harus dipatuhi~

Tuesday, November 2, 2010

Aku akan cerita lagi cerita ini 10, 15 tahun lagi.............

Assalamualaikum…. Jumpe lagi ye kita…… Aku arap korang sume sihat memanjang dan dilimpahkan rahmat-Nya……. Kali ni, aku nak cerita apa yang mungkin aku nak cerita 10, 15 tahun lagi…….. Uiitt, ape tu?? Yup, cerita ni, skrip ni, situasi ni mungkin akan berlaku lagi waktu itu…. Cerita yang aku akan cerita kat anak – anak aku…. Hehehe, cerita ape tu??? Cam menarik je bunyi……

Suatu hari, hari Sabtu 10,15 tahun dari sekarang….. Dalam pukul 9.00 malam…. Aku baru pulang dari Dewan Bedah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu……. Baru lepas performed knee arthroplasty kat sorang mat rempit… Wheelie la lagi… Tayar elok ade dua, korang jadikan satu… Nasib baik bapak ko tu Datuk…. Kalau tak, tempang la ko sampai tua….. Dan nasib baik aku je Trauma Orthopedist yang  available… Kalau sume tak de, 4,5 ari la ko tersadai kat emergency ward tu….Perghh, penatnyer…..

Sampai rumah, aku mandi, sembahyang Isya’……Turun ke living room… Nak layan TV jap, ade match bola yang menarik ari ni….. Bini aku kat dapur menyahut, “Bang, u dah makan ke??”.. Aku pun jawab “ Yang, abang dah dinner tadi nga Mat Red lepas kuar OT tadi… Ayang buat carrot juice kat abang je la”… “Ooo..ok2..” jawab Dr. Pink… Hehehe.. Tu la bini aku…. ;p

Kat living room, ade anak - anak aku…  Dua orang Dr. Green Jrs., sorang Dr. Pink Jr…. “Guys, how’s your homeworks?? Have  you done ‘em all?? Lepak je ni….” tanya aku kat depa… Depa jawab, “ Yes bah.. We had done them all”…. “Bagus2…” “Long, ang tengok pe tu?? Ape yang lawan tu??... Kelate ek??” aku tanya anak sulung aku… Along jawab, “Aah bah, Kelate lawan Selangor ni kat Shah Alam… Ramai betul penyokong Kelate…. Away match pun separuh stadium… Meriah betul nga merah putih…. Seronoknyer…”… Hehehe, aku tersenyum jer….. Terfikir sumthing… hehe…

Hmm, aku pun memulakan penceritaan, “Long, Ngah, Noura….Meh sini… Abah ade cerita ni…”... Berkejaran la depa datang dan duk depan aku….. Along asyik mengerling kat skrin TV… Nak layan bola lagi tu…. “Cerita pe bah” tanya Noura, anak bongsu aku…. Hehe… “Dulu The Red Warriors pernah menang Piala Malaysia tau… First time menang, lepas 89 tahun menunggu kot… Tahun 2010… Time abah still belajar medic kat UIA dulu” aku start bercerita…. “Waaa, hebat2…. Mesti best kan time tu” Along kagum…. “Aah, best la Long….Abah korang ni pun ade gak time tu kat Bukit Jalil.. Memang meriah sangat2..” cerita aku…. “Waaaaa, biar betul bah…” depa kagum… “Aaaaa, jangan tak tau… Abah korang ni fanatic The Red Warriors dulu, kini dan selamanya…..Hehe…”.. “ Time abah belajar dulu, abah geng dengan budak – budak yang satu kepala…. Semua kepala Merah Putih…. Memang kalu ade match Kelate, pastu kitorang free lak…. Shah Alam, Kuala Terengganu, Kelana Jaya pun sanggup kitorang gi stadium…. Kalu kitorang balik kampung, de lak match kat Stadium Sultan Muhammad Ke-4 tu…  Pukul 7.30 ptg, pas solat Maghrib….kitorang dah terpacak kat area scoreboard tau…. Hehehe…” tegas aku… “Waaa, semangat betul abah ni…” Angah kagum dan tanya lagi “Abah citer la pasal final ari tu..”….. 

“Ok2…Nak cerita la ni….Piala Malaysia season tu, awal2 Kelate main teruk gak… Kalah nga Negeri Sembilan… Depan mata abah, depa main teruk sangat…. Tak syok tengok… Tapi sayang punye pasal, main teruk ke main cantik ke, abah tetap dengan Kelate… Alaaa, macam abah sayang korang laa… Annoying, nakal cam mane pun, korang tetap anak – anak abah kan…” tegas aku... Anak – anak aku terdiam dan terkebil – kebil… Touching la tuh… Hehe…  “So, jangan la nakal – nakal… Kesian kat mama nga abah…”..

"Dah2, abah nak sambung ni…. Lepas depa main teruk sangat, coach time tu Sathia, susun strategi, formasi dengan kesungguhan player yang memang mantap time tu… Abis semua team yang hebat – hebat cam Selangor, Kedah kena bantai.. Sume kena ayam dengan Kelate…. So, Kelate masuk la final Piala Malaysia tahun 2010 buat kali kedua berturut – turut…. Hebat kan?? Kelate jumpe Negeri Sembilan sekali lagi… Final ulangan…. Tahun 2009, Kelate kalah 1-3…. Tapi final 2010 tu, Kelate melangkah ke Bukit Jalil dengan skuad yang paling mantap setakat itu…. Semua orang gerun… Semua orang percaya Kelate boleh jadi juara…”.. “Pastu, abah pun cam biasa la… Kelate dah masuk final lagi…. Seminggu tu bersemangat semacam jer… Abah nga kawan – kawan duk kalut cari tiket bola…. Semua kaunter sold out tiket…. Ulat – ulat tiket berlambak… Tunggu nak ketuk harga…. Cari punya cari… Dapat la 5 keping tiket untuk 5 orang… Tu pun sehari sebelum final.. Punye la kalut….. Ape lagi… Tengah hari tu, abah gerak ke Bukit Jalil dari Kuantan dengan kereta… Jauhhhhhh….”

“Abah sampai kat Bukit Jalil tu…. Penuh dengan ribuan manusia yang pakai baju merah putih… Jarang – jarang sekali jumpe warna kuning… Penyokong Negeri Sembilan la tu… Bila pintu stadium dah bukak, abah terus masuk, cari seat yang paling strategik…. Start pukul 6 petang lagi….. Ombak Merah Putih bergelora kat Bukit Jalil… Sorakan Gomo Kelate Gomo bergegar seluruh stadium… Bila azan Maghrib, stop kejap… Ade yang pi solat…. Nasib baik abah buleh jama’ qasar…. Lepas tu, terus lagi bersorak, menjerit, berjoget – joget…. Seronok betul abah time tu…” aku terus bercerita…. Bini aku datang bawak jus carrot untuk semua, “Ni air dah siap.. Meh minum jap… Amboii, seronok ye dengar abah korang bercerita...” celah bini aku sambil senyum… Kami minum – minum jap… “Abah, mama tak ikut sekali ke??” tiba – tiba suara kecil si Noura bertanyakan soalan… Aku pun jawab, “ Hehehe… abah korang ni baru je kenal mama time tu…. Nanti mengamuk la atuk korang,  abah bawak keluar anak dara dia pi tempat cam tu… Hehe.. Lagipun, kalu mama korang nak ikut pun, abah tak kasi ikut…. Penyokong Kelate ni nakal sket… Tak bleh tengok perempuan comey cam mama korang ni, mula la nakal nak membaling botol… Hehehe.. Bengong sunggoh…”.. Tersenyum bini aku kat tepi ni, sambil mencubit aku…. Adussss….

“Ok, sambung2…ni bila dah start game…  Kelate main layu sket first half…. Negeri Sembilan lak main macam nak jadi juara lagi… Sampai minit ke 13, depa dapat penalty.. Pastu, depa score gol penalty tuh…. Terdiam semua penyokong Kelate…. Penyokong Negeri Sembilan hepi semacam je lepas tu… Leading la katakan…. Tapi pastu, penyokong Kelate teruskan bersorak walaupun dah kena lead….”.. “Then, bila 2nd half start, Kelate menyerang bertubi – tubi… Tak terlawan defenders Negeri Sembilan…. Pastu, Kelate dapat score… Jadi 1-1.. Hai-O yang score….. Gol buatkan penyokong Kelate… Bersorak bagai nak gila… Terkedu lak penyokong Negeri Sembilan… Then, selang 8 minit, Piya score gol kemenangan Kelate… Lagi la menggila penyokong Kelate bersorak…. Sampai terbukak baju – baju… Termasuk la abah korang ni…. Hahaha…” Bini aku senyum sambil geleng kepala… “ Sampai wisel penamat, Kelate lead 2-1… So, bergegar la lagi seluruh stadium…. Berpesta semacam… Bunga api, mercun berkumandang… Kitorang menyanyi, bersorak, menari, amik gambar kenangan…. Lame gak la abah dan penyokong – penyokong lain duk celebrate dalam stadium…. Dekat – dekal pukul 12 malam baru abah keluar… Sambung kat luar lak….”.. “ Kat tempat parking lagi meriah… Berjoget  - joget, menari, menyanyi… Main mercun, bunga api… Perghhh, macam ari raya lak…. Hehehe… Sampai penat abah dibuatnya….. Tapi lepas tu, abah pun dah start kereta nak balik ke Kuantan balik…. Jauh lagi perjalanan…. Tertidur kepenatan abah dalam kereta…. Mimpi yang jadi kenyataan…. Hehehehe… Begitu la alkisahnya abah korang ni….” aku selesai bercerita…. “Waaaa, seronoknya bah, kalu Along ade gak time tu kan best….” kata Along…  Aku tersenyum seraya berkata, “Tunggu Kelate masuk final lagi, abah bawak korang semua…. Dah2… Dah lewat… pi masuk tidur…. Gosok gigi, basuh kaki dulu…. Esok nak pi sekolah lagi…. Pi tutup tv tu.. Tengok, Kelate dah menang nga  Selangor tu….. Kena ayam je Selangor tu kat Shah Alam… Men2 je bantai 4-1…”… Anak – anak aku pun masuk tidur…. Abah nga mama diorang ni pun nak tidur gak…. Esoknya, masing – masing ade appointment dengan patients masing – masing…. Berpimpin la tangan sepasang suami isteri yang bahagia tu ke bedroom mereka… Next part, tak bleh cerita…………………………. :p

Itu la cerita, skrip, kondisi, situasi yang mungkin akan berlaku dalam hidup aku 10, 15 tahun lagi….

Aku bangga jadi anak Kelate, aku bangga jadi penyokong Kelate, aku bangga jadi part of the winning team, aku bangga segala – galanya tentang Kelate, aku bangga untuk cerita kat anak - anak aku……. Aku akan ingat kisah kejayaan ini sampai bila - bila.......

GOMO KELATE GOMO!!!!!!!!!!!!!!!!!




Wassalam…. dR.GreeN~