Assalamualaikum…. Apo kobar sek kitow???? Kawe harap semuo sehat – sehat belako… Tok kiro jate, tok kiro tino…. Sejahtero belako lah hendoknyo…. Kali ni aku nak cerita suatu ‘kegilaan’ yang aku ada…. Menjadi kebiasaan untuk orang gila tidak mengaku dirinya gila… Tapi aku bangga dengan ‘kegilaan’ ini…. Yes, aku memang ‘gila’… Aku mengaku… Aku ‘gila bola’…. Aku taksub dengan The Red Warriors!!!!......
Aku suka bercerita tentang dikir barat… Tapi, aku lagi suka bercerita tentang pasukan kesayangan aku, Kelantan FA atau skuad Kijang Emas atau The Red Warriors….. Walaupun orang sekeliling aku, kawan – kawan aku begitu taksub dengan liga bola sepak luar negara, EPL, Serie A…. Aku lebih bangga menyokong Liga Malaysia, liga Dun dan liga kampung aku….. Aku minat gak kat team Liverpool FC…. Tapi sampai sekarang aku tak rela korbankan waktu tidur aku untuk tengok Liverpool main…. Sampai sekarang aku tak boleh pronounce nama Dirk Kuyt dengan betul…. Entah la…. Aku tak tahu kenapa… Aku hanya sanggup berhabis masa, tenaga dan wang untuk The Red Warriors!!!!... Aku pendukung The Red Warriors yang sejati????....
First time aku ke stadium untuk tengok bola adalah time aku Darjah 4.. tahun 1999… Stadium mana lagi kalau bukan stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad Ke-4…. Pak Long aku ajak abah aku tengok Kelantan main…. Abah pun bawak la aku sekali… Until now, I still remember the precious moment…. Nak masuk stadium tu, punya la ramai… Panjang giler barisannya….. Kitorang duduk kat seat terbuka, sebelah kanan astaka… Aku masih ingat lagi…. Penjaga gol lagenda Kelantan yang jadi goalie tyme tu, sape lagi kalau bukan Halim Napi…. Kelantan lawan Terengganu… Tapi kalah 1-2…. Bermula dari situ kot aku belajar rasa kecewa bila team Kelantan kalah…..
Lama aku tak ke stadium sebab belajar kat negeri orang….. Then, bila dah graduate dari SBP… Aku sudah bebas!!! (Umpama sirih pulang ke gagang)…. Masuk UIA lak, jumpa pulak geng sekepala… Naqi, Mat Red, Chu Meji and The Gangs….. Lagi la berkobar – kobar dan bersemangat…. Since 4 years ago, aku semakin seronok bila ke stadium… Addicted??? Perhaps…. Tak kira The Red Warriors menang ke seri ke kalah ke….. Best bila bersorak, menari, melawak kat stadium.. Plus, join nga geng sekepala… Lagi la menggila…..Hahaha…. Memang betul – betul layan… Duduk dekat – dekat dengan ‘sek gendang’ Abe Harun, area scoreboard…. Lagi la…. Degupan jantung umpama ketukan gendang…. Bergegar tubuh…. Mengelegak darah dalam veins dan arteries… Layan……...
Season 2009, tahun yang sangat gemilang buat The Red Warriors dan tahun yang bermakna buat aku sebagai pendukung setia The Red Warriors…. Walaupun ada sejarah hitam… Aku malas nak cerita tentang tu…. Aku anggap itu ‘kisah monyet – monyet liar’ sahaja…. Season lepas, 2 kali Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil…. Sebagai finalis Piala FA dan Piala Malaysia…. 2 kali jugak la aku ke Bukit Jalil as part of winning team ( lebih sebenarnya…. sebabnya??... sebab kisah hitam tu la..)…. Walaupun dua – dua final tu The Red Warriors hanya berakhir dengan Naib Juara…. Tapi aku bangga….. I will never forget those moments…. Aku akan cerita balik kenangan tu kat cucu aku.. (hahaha…. Jangan main – main… Atuk korang dulu ni Laskar Merah Putih tau…. Hahaha..)….
Sekarang season 2010 dah nak berakhir…. Season ni la yang aku rasakan The Red Warriors adalah team yang hampir sempurna…. Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA ( sekarang naik taraf jadi Timbalan Presiden FAM… Tahniah Tan Sri!!)…. Membeli players yang agak star…. Pembelian yang agak berbaloi…. Walaupun bermula dengan agak lembab, tapi credit harus diberikan kepada coach, B. Sathianathan…. Memekakkan telinga (aku pun kutuk gak dia ni dulu…).. Nah, sekarang Berjaya develop team yang sangat disegani kat Malaysia ni…. The Red Warriors jadi sebutan sekarang…. Antara gergasi bola sepak Malaysia yang digeruni lawan…. Sekarang The Warriors sekali lagi mahu mencipta sejarah….Mencari tiket kali kedua berturut – turut layak ke final Piala Malaysia… Menumbangkan Gergasi Merah Kuning adalah kejayaan manis buat The Red Warriors mahupun laskar - laskar Merah Putih…. Tahun ni, seperti yang diwar-warkan oleh Tan Sri adalah Tahun Bolasepak Kelantan…. So, aku harap, The Red Warriors layak ke final dan keluar dari Bukit Jalil sebagai Juara Piala Malaysia…. Aku mahu menebus kekecewaanku season lepas………
Apapun, team yang baik mesti mempunyai pendukung – pendukung yang terbaik…. Setakat ni, fans The Red Warriors adalah yang paling hebat pernah aku jumpa kat Malaysia ni (seriously…bukan bias)…. Yang sedia memenuhi segenap stadium…. Away ataupun Home…. Yang sangat setia dengan team, tatkala jatuh, tatkala bangun…… Aku sangat bangga dilahirkan sebagai anak Kelantan… sebab automatically aku adalah Laskar Merah Putih…. Bangga menjadi part of the winning team, part of great supporters….. My supports to The Red Warriors never fade and never die…. I’m a Red White Army… ‘till I die…… All the best The Red Warriors!!! GOMO KELATE GOMO!!!!!!
“HATE TO DARE, BUT DARE TO FIGHT” – dr.green
No comments:
Post a Comment