Monday, October 11, 2010

mAniFesTaSi ciNTa......

Salam dan selamat sejahtera buat teman – temanku, Muslim or non-muslim, Melayu, Cina, India, Iban, Bajau Laut dan semua rakyat seantero dunia sekali (banyok weii saeng aku… maen kabel ni)…. Bertemu lagi kita di ruang maya ini…. Kali ni aku nak cerita sesuatu yang common la nowadays…. “Cinta”, “Percintaan”, “ Pencinta”….. Sume orang bercakap tentangnya… Even in my lecture hall.. Isshh, cinta.. cinta…. Ada apa dengan cinta?? Tengok status facebook, twitters, friendsters… Pergghh, leleh aku membacanya… Ibarat pujangga cinta semuanya…. : )

Back to what I’m gonna tell you… Satu tengahari, on the way aku nak balik ke hostel dari lecture hall… Tumpang kereta roommate aku… Dia on Sinar FM…. Time tu gak on air lagu yang quiet famous sekarang… Nyanyian Fiq Mentor…. “Manifestasi Cinta”…. Layan gak lagu tu…. Suara jantan mengalunkan bait – bait jiwang…. Rasa dekat di hati…kahkahkah….. Then, seraya aku melangkah keluar dari kereta ke bilik, aku bermonolog dalaman.. “Waa, cinta pun ade manifestasinya…. Macam disease manifestations je…. Cinta pun ade clinical features gak ye??... Ape signs and symptoms nye???”…. Akalku terus ligat memikirkannya, sambil – sambil tunggu masuk fardhu Zohor…..
Therefore, kalau aku nak bercakap tentang manifestasi cinta, signs and symptoms nya…. Maybe, aku belum cukup layak untuk berperihal tentangnya…. Bak kata Jaha dalam satu scene filem Budak Kelantan,“Cinta???.... Demo tok pehey gapo cinta…. Demo tok pehey!!!!...” Nak kata aku berpengalaman luas dalam percintaan… I’m not even in love with someone… Not even once… Maybe surrounding aku yang mempengaruhinya untuk tidak pernah bercinta… Dari la Form 1 and Form 5… Aku sekolah pun dengan brothers je…. Bila involved dalam program pun… Semuanya melibatkan lelaki.. Dikir barat, bola sepak, aktiviti ketenteraan… Jarang sangat bergaul dengan girls.. So sebab tu, aku memang cukup kekok nak bergaul dengan girls… Waktu kat Matrix dan UIA ni pun aku masih ada masalah nga socializing with female students… Aku lebih suka mengelak daripada bercakap dengan girls…. Maaf la ye…. Aku bukan sombong!!!... Aku sedang improve my social relationship especially with the girls….

Hmmm, so ape signs and symptoms of CINTA dalam konteks membicarakan tentang manifestasi cinta?? Signs dalam konteks dunia perubatan adalah sesuatu clinical features yang seorang general practitioner atau doctor itu lihat pada amatan dan pemerhatiannya terhadap seseorang patient, client atau subject…. So, signs of dilamun cinta, falling in love, cintan cintun bagi aku adalah apa yang aku observe dari manusia – manusia sekeliling aku (specifically.. kat bilik aku ni pun dah cukup)… Banyak gak yang bleh aku konklusikan…. Dr. Green cuba menjadi Dr. Love???... hahaha

Signs of falling in love, in love and gila – gila cinta:
1) Asyik pegang henset je.... Kalu tak tidur dalam 24 jam tu… Nak je pegang henset tu… Even dah tidur pun still genggam henset… Perghh, cam businessman tunggu call business juta – juta…
2) Henset tu pulak …. Tak nak bagi orang lain sentuh sekalipun…. Kalau dah terpegang tu, siap kena sound lagi… “Jangan baca message ye…”…. Alaaa, pinjam jap je.. Nak guna aplikasi Medical Dictionary tu je… Looking for definition of tenesmus laa…
3) Suka bergayut kat henset tu…. Lame gilerr… Dah la bergayut kat hujung dunia…. Macam la orang nak dengar sangat…. Kalau henset tu dahan, boleh patah agaknyer….
4) Ajak pi main futsal pun dah tak nak sekarang…. Aku ada hal la weii… Dulu, pantang kena ajak sket je… Full attire terus with the performance on court…. Jarang sangat dah nak keluar nga kawan – kawan sejenis ni….
5) Bila layan movies ke drama yang jiwang – jiwang sket….. Pantas je cakap, “Weii, macam aku je ni…”, “Citer ni dekat doe nga aku…”… Suka sangat membayangkan, menyamakan diri sendiri dengan watak – watak atau jalan cerita kisah cintan cintun, jiwang – jiwang… Arghh, agak la… Meluat tau orang lain dengar….
6) Suke citer tentang si dia kat orang lain….. Kami x nak dengar la… Cerita – cerita si dia tu awak simpan je la…. Bungkus buat pusaka…. Bukankah itu privacy korang berdua??? Kami x amek pot laa…. Yang penting bila korang nak kawen… Hantar kad jemputan…
7) Suke mengelamun jauh…. Bila duduk kat jendela…. Tengok padang sekolah rendah sebelah hostel tu…. Termenung sorang – sorang…. Ingat kat sape la tu??... Bila duduk kat meja study, buka lampu terang – terang.. buka buku… berjam – jam duk situ…. Dua baris je baca… Nak abis cam ne asyik duk termenung depan buku… Buku yang baca awak lak….
8) Buka laptop, buka speaker kuat - kuat…. Pasang lagu cintan cintun, rock kapak…. Sandar kat dinding, layan lagu – lagu sentimental ni…. Dulu tak pernah pun layan lagu – lagu cam ni… Geli katanya…. Sekarang dah buat U-turn…. Nasib baik la layan gak lagu – lagu tu… Kalau tak, aku hempuk nga buku Kumar & Clark dah….
9) Selalu keluar, pastu balik lewat malam….. Especially malam minggu…. Bila tanya, tak nak jawab…. Cepat – cepat tukar topic lain….. Hmmm, keluar nga awek la tu….. Bro, hati – hati bawa keluar anak dara orang…. Tak elok… Lewat malam lak tu…. Kumpul duit, then kahwin cepat – cepat… Pastu, ajak kitorang pi kenduri… : )
10) Berjam – jam kat depan cermin….. Mendandan je kerjanya…. Dulu serabai je pergi lectures, labs, supermarket… Pakai short tiga suku, baju tak iron je…. Sekarang buat rambut je dah sejam kat dalam toilet…. Tolong la weii, aku nak mandi, nak pergi kuliah gak….

Itu ‘findings’ yang aku observe kat ‘pesakit-pesakit cinta’…… Kebanyakan memang menunjukkan ‘signs of in love’ ni…. Tapi, ni mungkin sebahagian daripada ‘signs’... Berdasarkan inspection dan physical examination aku je….. Nak tahu betul ke depa ni in love… Kena la buat investigation dan intervention…. Ahhh, malas la….. Buat apa nak jaga tepi kain orang kan…. Kain aku sendiri pun tak terbasuh lagi…. Hmmmm, apa pulak ‘symptoms in love with someone’??? Sebelum tu, medically, symptoms ditafsirkan sebagai kondisi, situasi dan keadaan yang seorang pesakit rasa dan complaint kat physician… So, ‘symptoms in love, falling in love or gila – gila cinta’ hanya para pujangga cinta je tahu….. Aku nak describe pun susah…. Ape ek??... Sebab aku tak pernah bercinta pun…. Hmm, cuma admiring someone ade la…Admiring someone dengan falling in love lain tau!! … Tapi ‘symptoms’ nya aku agak la… Lebih kurang je…. and so called as “Pre-love Symptoms” (kahkahkah…ade ke term ni.. main reka je aku ni)….. Sebab aku pun rasa symptoms ni…. Huhuhu….

Symptoms of ‘falling in love, in love dan gila – gila cinta’ (based on my true experience.. symptoms of admiring someone… ^_^)
1) Selalu teringatkan si dia….. Even tengah gosok gigi… : )
2) Loss of appetite…. Bila selalu teringatkan si dia…. (macam kena cancer lak…)
3) Ceria je bila dapat SMS daripada si dia…. Even wish goodnite
4) Selalu bukak FB si dia… Eiii, tak malu… Usha anak dara orang…. :p
5) Ade la jealous sket bila ade boys lain cuba rapat nga si dia…. Orang kata cemburu tanda sayang…. (betui ka naa??)…
6) Tak keruan bila si dia jatuh sakit, ditimpa musibah….. (Aiikkk…. Macam la si dia tu dah jadi wife hang)….
7) …dan kebanyakan ‘signs’ boleh intercept jadi ‘symptoms’…. Betul…. Aku pun pernah memanifestasikan ‘signs’ tu…… Alaaa, dalam clinical features of diseases pun ‘signs’ boleh jadi ‘symptoms’….. Physician boleh nampak, boleh rasa ‘signs’ tu eg. lethargy (letih) dan patients pun boleh complaint yang dia rasa letih….. and vice versa….

Bagi aku, apa pun ‘signs and symptoms of in love or falling in love’…… Cinta itu sesuatu yang suci… Cinta itu kurniaan Illahi….. Jangan cemarkan cinta dengan hanya berbasiskan nafsu semata – mata… Nanti tak kan kemana – mana….. Cintailah seseorang kerana agamanya…. Itu criteria terbaik…. Rasulullah S. A. W bersabda, mafhumnya “Nikahilah wanita dalam empat kategori: Hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu." (Riwayat Shaihan)…. Buka buku tafsir mengenai hadis ni…. Banyak huraian mufassirin tentang hadis ni…. Korang akan lebih mengetahui tentang cinta!!....

Aku memegang prinsip ini…. “Cikgu BI sekolah saya cakap… Couple tu term untuk orang yang dah kahwin...” kata seorang kawan aku…… Yes, aku lebih prefer bercinta lepas kahwin... Alaa, kunonya.. zaman batunya… tak moden laa…. (peduli apa… aku kan Indie dan Retro….. oldskool la katakan)… Nanti kita bincang topic ni lain kali….. plus cerita tentang “ Nikah Khitbah” atau “Nikah Gantung”… maybe…..

Apa-apa pun, hargailah perasaan ini…. Bukan semua orang dapat…. Hargailah orang yang mencintaimu… Bukan semua orang dapat…. Hargailah segala – galanya yang kita ada sekarang…. Bukan semua orang dapat….. Belajarlah untuk menghargai sesuatu…..

Salam cinta daripada Dr. Green~……

4 comments:

  1. =)) ouh sy kategori admiring sumone ah..hee...leh hntr g clinical medicine mne2 nih suh cetakkn dlm bntu buku..

    ReplyDelete
  2. hehehe...kalu cik hanis ade signs n symptoms tu....maybe la....hehehe...
    hahaha....kumar n clark mungkin akan tmbah satu lagi chapter psal Penyakit Cinta...hehe..nnti sy hntar draft...hahaha

    ReplyDelete