Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman – temanku….. Buat julung – julung kali aku mengarang tentang kisah ini….. Kali ini, aku nak berperihal tentang suatu perkara yang sangat sinonim dan yang sangat aku minati dalam hidup aku setelah hampir 22 tahun bernafas…… DIKIR BARAT…. Aku rasa sume dah tahu tentang seni warisan budaya yang famous kat Kelate ni…. Sebut aje dikir barat, rakyat Malaysia dari Perlis sampai la ke Sabah mengerti tentangnya…. Ade tuk juara, ade tukang karut, ade awak – awak, ade lenggang lenggok seni tari, ade gemersik paluan rebana, gong dan canang…. Itu basic…… Ramai yang mengaguminya…. Dan aku tidak terkecuali…..
Bagi aku, dikir barat lebih dari sekadar seni…. Seni warisan budaya bangsa…. Ya, dikir barat lebih daripada itu sebenarnya…. Bagi aku, dikir barat melambangkan identiti rakyat Kelate walaupun asal usulnya dari Selatan Thai…. Tapi, ia cukup sinonim bagi rakyat Kelate…. Sampaikan nak kawen pon ade show dikir barat…… Natijahnya, team dikir barat masyarakat Tiong Hua Kelate pun ade….. Dorang pernah keluar dalam Sinar Harian Edisi Kelate 3,4 tahun lepas….. Aku memang respect dorang…. Ya, dikir barat ni bukan hak milik mutlak orang Melayu…. Alunkanlah dikir barat selagi mana mampu dan menyalahi hokum syara’….. Aku cukup geram bila orang gunakan dikir barat sebagai medium memaki hamun, kutuk mengutuk, fitnah – fitnah…… Cisss!! What the hell!!!..... Aku pantang bila orang mencemarkan seni……. Cukup pantang!!!.... Kenapa?? You nak marah I ke??..... Inilah aku…….
Darah seni memang tak asing lagi dalam arteries dan veins aku…..Arwah Tok Chek Daud (moyang aku) dan Ayoh (atuk sebelah ma aku) memang tak asing lagi dalam kalangan orang kampung Tal Tujuh…. Dorang famous sebab Dikir Burdhah…. Salah satu warisan budaya yang makin pupus….. Dikir Burdhah ni lebih kurang Berzanji…. Alunan bait –bait syair memuji keulungan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W….. Time aku kecik – kecik dulu….. Selalu gak follow Ayoh aku….. Seronok tengok dorang berdikir Burdhah…. Hmmm, nanti aku kawen, aku nak suruh Ayoh aku berdikir Burdhah dengan geng – geng dia…. Hehehe.. Lagi satu, Pak Long sebelah abah aku memang minat yang amat dengan dikir barat… Siapa tak kenal dia, Pegawai Waran 1, Aziz Mohd Nor dari KD Sri Lumut…… Pak Long aku aktif berdikir barat time dia berkhidmat sebagai navy kat Lumut dan Kuantan dulu..... Aku bukan nak poyo… Tapi, at least darah seni yang aku ada ni bukan dapat melalui blood transfusion… Aku tahu, aku mewarisinya daripada kaum kerabatku jua…. So, kita ni jangan bodoh sombong nak lupakan keturunan, kaum kerabat…. Jangan jadi kacang lupakan kulit la….
Kisah ku di arena dikir barat bermula sejak sekolah rendah lagi…. Seawal darjah lima….. Time tu aku sekolah kat SK Othman Talib 1, Tendong, Pasir Mas…… Masa tu aku tak tahu apa – ape pun pasal dikir barat…. Pastu, Amer Ketua Pengakap (Darjah 6) ajak aku dan Mat Lan (classmate 5 Iltizam aku) buat show untuk Hari Guru tahun 2000…. Kitorang pun praktis la lagu yang menjadi nyanyian budak – budak time tu… Lagu Ayam Serama nyanyi Fendi Aye Seramo….. Then, perform lagu tu kat atas stage… 3 serangkai….. Cuak yang amat….. Pastu next year, giliran aku dan geng –geng 6 Iltizam aku lak yang perform dikir barat sempena Hari Guru 2001…. Cikgu Salmah Teh, guru kelas kitorang appoint aku ataupu Ajey Jeng jadi tuk juara….. Tapi, aku tak pandai sangat time tu…. So, aku buat la lirik sendiri based on lagu Hindustan (Thumpa Si Ai…betul ke tak ni??...haha)…. Itulah first time aku mengarang lirik dikir barat….. Unfortunately, lirik tu hilang time show tu….. So, aku tak dapat la nyanyi…. Ajey Jeng ambil tempat Tuk Juara tu dan aku main tambourine….. Hmmmm tapi, disitu lah segala – galanya bermula….
Form 1 sampai Form 3, aku tak langsung bergiat aktif dalam dikir barat…. Sebabnya, aku sekolah kat SMKA Falahiah….. Mana bleh layan dikir barat…. Kitorang layan nasyid jer…. Hehehe….. Aku pernah memberontak kat ma dan abah sebab nak tukar sekolah….. Falahiah tak de dikir barat, tak best!!!... Hahaha… Cetek betul pemikiran aku time tu….. Tapi, last – last, aku stay gak kat situ…. Best gak sekolah kat situ…. Ramai kawan…. Kerana Falahiah gak aku masih di sini…. Baruku tahu, Falahiah la tiket aku berjaya dalam pelajaran dan dikir barat….. Kat sini aku kenal Muslih Sang Saka (nak tahu sape??... check FB Muslih Aleng)… Dah famous sekarang dalam dunia dikir barat….. Korang tengok la aksi dia nanti sebagai tukang karut untuk final Dikir Barat RTM 2010…. Bulan Oktober ni kot….. Aku mengaguminya…
Result PMR keluar, aku dapat 8A 1B…. Alhamdulillah…. Then, aku dapat offer pergi SBP… SM Sains Seremban (SASER)…. Pergghhh, jauhnya merantau….. Aku pergi la dengan hati yang berat untuk meninggalkan Pasir Mas pada usia yang muda itu….. Bertambah syahdunya, time tu abah dan ma aku kat Mekah al – Mukarramah…. Dorang kerjakan haji…… Pok Li dan Pok Ji (adik – adik abah aku) yang hantar pergi sana…. Direct terus kepada kisah dikir barat aku kat SASER….. During my Form 4, masa tu Hari Kejohanan Sukan SBP Zon Selatan… SASER dan TKC (Tunku Kurshiah College) jadi hosts…. Then, Jepah (teammate dikir barat aku kat SASER) ajak aku join show dikir barat untuk ending ceremony kejohanan tu…. Tapi aku refuse sebab ma dan abah aku datang… Baik aku jumpa parents aku dari berdikir barat…. Tapi itu bukan pengakhirannya…. Lebih kurang bulan Jun…. Sekali lagi Jepah ajak aku join dikir barat…. Kali ini ajakannya disertakan dengan pujukan dari Miss Hasni (Guru Penasihat Kelab Kebudayaan SASER merangkap guru pengiring team dikir barat SASER)….. Aku baru jer baik dari patah tangan, radius bone-fracture…. Acittt tau…. Sebelum aku diserap masuk dalam team tu…. Aku kena audition dulu…. Untuk posisi Tukang Karut ataupun Tuk Juara….. Ada dua candidates time tu, aku dan Ajey Kuba…. Aku nyanyi lagu Anak Tupai (nyanyian asal Halim Yazid)…. Keluar result, aku terpilih untuk jadi Tukang Karut….Bermulalah karier aku sebagai Tukang Karut…. Walaupun dalam hati aku, aku lebih suka jadi Tuk Juara….
First dikir barat competition aku join dalam hidup ni adalah Pertandingan Dikir Barat Anti – Dadah 2005 peringkat daerah Seremban…. Aku dan teammates pun berlatih la…. Dalam keadaan serba kekurangan dan tak de coach pun….. Berlatih pakai ikut video clips jer… Lirik pun ciplak SMK Getting, Tumpat, Kelate punya….. Then, bila masuk pertandingan, kitorang kalah dengan bekas juara peringkat negeri, SMK Dato’ Linggi…. Dapat la title Naib Juara….. Belum lagi berakhir…. Baru je nak bermula zaman kegemilangan dikir barat SASER….
Bila berakhir je Form 4, time cuti akhir tahun selama sebulan setengah…. Aku pasang angan – angan, aku nak bawa team dikir barat SASER sampai peringkat kebangsaan (tinggi betul cita – cita aku)….. So, selama aku bercuti tu….. Aku buat sedikit homework pasal dikir barat ni….. Segala macam lagu dikir barat aku layan…. Tiap – tiap petang (2-6 petang) aku pasang radio, dengar channel Radio Malaysia Kelate… Rancangan AKOK (Apa Khabar Ore Kelate)…. Dalam tu banyak lagu dikir barat dikeudarakan… Pastu, bila ada show dikir barat kat Stadium Mini, Pasir Mas… Aku ajak abah aku pergi tengok… Macam – macam artist dikir barat aku dengar… Megat Nordin, Jen Endoro, Pok Ku Kamal, Ramli Mahligai….. Balik je…. Aku terus mengarang lirik…. Dalam tempoh sebulan lebih cuti itu, aku karang lirik, gubah lagu untuk Tuk Juara dan lagu karut sekali…. Ada la dalam 5,6 buah lagu dan lirik aku buat….
Bermula je penggal persekolahan 2006, aku panggil semua teammates aku….. Aku bagi tahu dorang pasal plan aku ni….. Pastu kitorang pun proposed semua lagu dan lirik kat Miss Hasni….. Serta merta dia approved…. Latihan kami pun bermula…. Then, bila budak - budak Form 4 masuk awal bulan Februari, aku rekrut beberapa orang untuk cukupkan team dikir barat SASER ni….. Kami berlatih sungguh – sungguh lepas prep-class… Pukul 11 malam sampai 12 malam….. Jepah (woh kerc’eyy) dan Sinyu(gendang ibu) lead latihan instruments… Ajey Kuba leads latihan awak - awak dan seni tarinya…. Aku dan Pok Jat Ayoh (Tuk Juara)terus memperkemaskan vocal dan alunan merdu suara… Dan harus diingat, kami langsung tak mempunyai coach (Miss Hasni cakap nak jemput Halim Yazid suruh tengok-tengokkan….Yoo laa tu.. Eden tunggu tak sampai-sampai gak…Hehe)… Kami berlatih ikut kepandaian, pengalaman dan pengetahuan yang kami ada je… Lirik, lagu dan seni tari pun semua buat sendiri je… Nasib baik semua teammates aku ni orang Kelate….. Senang nak ajar…. Berlatihlah kami sampai hari pertandingan pada bulan Jun…. Kami berdepan dengan sekolah – sekolah yang hebat SDAR (Sekolah Dato’ Abdul Razak ) dan juara bertahan peringkat daerah Seremban, SMK Dato’ Linggi…. Berkat usaha latihan kami sebelum ni, kami jadi juara peringkat ini…. Menang mudah…..Lalu, layaklah kami ke peringkat Negeri Sembilan….Cuak giler pasni….
Kami pun planned la strategy macam mane nak kalahkan juara bertahan yang juga wakil Negeri Sembilan sebanyak 6 kali ke peringkat kebangsaan, SMK Za’aba, Kuala Pilah… Kami modified sikit seni tari… Masukkan unsur – unsure Minangkabau sikit…. 2,3 minggu berlatih….. 22 Julai 2006, pertandingan dikir barat Karnival Seni Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Negeri Sembilan……Cuak yang amat… Aku pun tak tahu kenapa hari tu, bila training je…. Palpitation, tachycardia tahap dewa melanda… Sampai lupa serangkap dua lirik… Aii, alamat tak elok ni…. Nak dijadikan cerita, instruments semua tertinggal dalam bas…. Dek kerana sejuk, habis kendur gendang ibu dan gendang anak…. Sinyu dan Mat Wey (gendang anak) bermati – matian memulihkan keadaan…. Segala jampi mentera dibacanya… Turn kami yang kedua….. Aku pun membuka panggung… Kami masuk atas stage dan teruskan persembahan… Semuanya lancer… Gemersik suara Pok Jat Ayoh memukau audiens…. Dan bila aku bangun untuk memulakan karut – marut aku… Audiens senyap membisu…. Macam selisih Malaikat 44…. Bila aku bersuara, barulah tepukan gemuruh meriuhkan suasana…. Aku pun menyanyi…. Dan menari (part ni yang tak bleh blah ni….semua gelak)…. Tiba disaat penentu segala – galanya, aku lupa satu rangkap lirik… Aku tak tahu kenapa keupayaan menggoreng lirik time tu tak kunjung tiba… Jeng koil!!... Aku teruskan persembahan gak sampai habis…. Walaupun kecewa gak sikit…. Then, habislah pertandinga hari tu… Saat yang ditunggu - tunggu pun tiba, keputusan pun diumumkan…. Kami kalah!!!.... SMK Za’aba layak ke peringkat kebangsaan di Pahang… Macam biasa, SASER dapat title Naib Juara….. Bila Miss Hasni tanya panel pengadil, kami hanya dibezakan 2 mata sahaja dengan kejuaraan…. Semuanya salah aku!!!... Sebab lupa lirik, 5 points ditolak… Aduh, semuanya salah aku… Aku kesian kat kawan – kawan semua.. Semua berharap layak ke peringkat kebangsaan…. Mat Wey lagi aku kesian, sampai berdarah tangan time pukul gendang anak… Berlumuran darah kat gendang anak…. Tapi, manisnya ada….. Aku dinobatkan sebagai Tukang Karut Terbaik Dikir Barat Negeri Sembilan 2006….. Terubatlah kekecewaan kami semua…. Sekarang semua kena strive untuk trial SPM 2006…
Lepas trial tu (bulan Ogos), aku dan ahli – ahli Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) joined Perkhemahan PKBM (Laut) Zon Selatan dekat Batu Kikir, Negeri Sembilan….Semua kadet PKBM (Laut) seluruh Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan KL berkumpul kat sana… Ramai staff – staff TLDM Pengkalan Sri Kelang dan anggota Palapes (Laut) join sekali… Tugas aku sebagai tukang karut kat SASER belum berakhir lagi (ingatkan pas kalah hari tu, dah pencen terus)…. Aku pun leads la persembahan dikir barat untuk Malam Kebudayaan PKBML.... Semua kadet PKBML SASER naik atas stage… Kali ni partner aku adalah Ajey Kuba… Dia jadi Tuk Juara lak…. Habis je show, kami diumumkan sebagai pemenang persembahan terbaik…. Ceyhh, menang lagi….. Itulah yang aku mampu untuk menaikkan nama SASER… Aku bukan pelajar cemerlang pun kat SASER….. Biasa – biasa je…
Habis je SPM, habislah pengajian aku kat Negeri Sembilan ni….. Tiada lagi panggilan Tukang Karut…. Lepas aku blah je…. Dikir barat kat SASER terus malap…. Aduh!!! Aku ingatkan kegemilangan seni ini akan terus berkembang dan bercambah di SASER dan terus diwarisi oleh adik –adikku…. Sorry ye adik – adik…. Abang bukan tak nak tolong tunjuk ajarkan…. Tapia bang dah start busy…. Memang tak sempat nak menjengguk SASER lagi….. Suatu hari nanti, abang akan jenguk korang…. Suatu hari nanti……..
Result SPM keluar, then aku dapat offer ke Pusat Asasi UIA (Cenfos), Petaling Jaya…. Asasi Perubatan…. Kat sini, aku kenal ramai geng baru….. 3 minggu bermula, aku dijemput join team dikir barat Ombak Timur…. Kat sini lagi hebat…. Semuanya berbakat dan lagi power, lagi gempak…. Aku kenal Leming (Ketua pasukan), Lah (gendang ibu), Mat Ja, Naqib (Tuk Juara/Tukang Karut), Pok Yeh (Tuk Juara…paling gempak), Nuri (Tukang Karut) dan ramai lagi…. Kat sini, aku bermula dari bawah….. Sebagai awak – awak…. Then, diorang suruh aku main gong (tetawak)…. Mainlah aku gong itu setiap kali shows….. Bila masuk, 2nd year kat Cenfos ni, semua senior keluar…. Tinggallah aku dan rakan – rakan meneruskan Ombak Timur…. Kali ni, aku dan Naqib bergabung tenaga sebagai Tukang Karut… Amer Sa’adong direkrut dan diangkat sebagai Tuk Juara….. Kitorang bertuah sebab dapat tunjuk ajar daripada team dikir barat Sutrapawana, UIA Gombak….. Aku jumpa balik dengan Muslih Aling (senior kat Falahiah dulu), Abe Azwa, Pak Do dan ramai lagi…. Muslih sekarang dah power… Tukang karut yang popular kat area Lembah Kelang dan dah masuk Istana Budaya… buat shows dengan pendikir – pendikir popular lain… Syabas Lih!!!!..... Kat Cenfos, Ombak Timur banyak dapat shows… Opening ceremony itu la, closing ceremony ini la…. Dapat bayaran kot… Tapi bagi aku, aku tak kisah pun pasal bayaran ni… Aku berdikir hanya untuk kepuasan diri…. Dalam banyak shows tu, sekali je aku merasa duit shows tu… Makan KFC bersama teammates….. Aku puas!!!... Dan aku tak kesah pun pasal duit itu….
Aku graduate je dari Cenfos tahun 2009…. Aku meneruskan perjuangan dalam pengajian bidang perubatan dan pembedahan (MBBS) dekat Kulliyyah of Medicine, UIA Kuantan…. Bila aku masuk je UIA Kuantan pada Julai 2009 lalu…. Aku pun terfikir…. Dah berakhir masa aku berdikir barat…. Now, it’s time for the better future…. Tapi telahan aku tidak tepat sama sekali…. Kat sini aku berjumpa dengan Pok Yeh… Dia ajak aku join team dikir barat UIA Kuantan, Putra Kenchana…… Putra Kechana ni baru setahun jagung…. Pok Yeh minta jasa baik aku untuk jadi tukang karut Putra Kechana…. Sebenarnya, aku serba salah… Ya, serba salah…. Course yang aku ambil sekarang adalah course yang sangat kritikal dan amat susah…… Kalau main – main, tak boleh survive beb!!.... Namun, kerana aku sayangkan seni, sayangkan dikir barat… Aku gagahi juga….. Sampailah sekarang, aku masih lagi bersama Putra Kechana… Dah beberapa kali aku join Putra Kechana buat shows…. Masuk pertandingan Malam Kebudayaan… Macam biasa, dikir barat masih lagi di hati masyarakat kampus…. Putra Kechana jadi johan…. Gelaran dan bayaran bukan yang akan harapkan…. Yang penting apa yang aku buat itu mendatangkan kepuasan….
Itulah kisah aku dalam bidang seni warisan ini….. 2, 346 patah perkataan ini tidak mampu menceritakan rasa cinta aku terhadap seni dan dikir barat…. Aku harus berterima kasih kepada dikir barat… Ya, aku harus….. Kerana dikir baratlah, aku berada seperti hari ini…. Kerana dikir baratlah, aku mendapat tempat di UIA… Kerana dikir baratlah, aku menjadi medical student…. Mungkin selepas ini, kerana dikir baratlah aku menjadi seorang medical doctor……..Aku bersyukur….. Aku tidak bangga dengan gelaran, kejuaraan dan bayaran yang aku dapat sebelum ini….. Tapi, aku bangga sebab berusaha mengekalkan seni budaya ini…. Aku tidak tahu masa depan aku dengan dikir barat selepas ini…. Aku tidak tahu, adakah akan ada lagi seni dikir barat ini….. Aku tidak tahu…… Cuma aku berharap dan terus berharap…. Akan ada lagi pewaris seni budaya bangsa ini….. Jangan biarkan dikir barat ini pupus dan lupus….. Ini jati diri aku…. Ini jati diri kita!!!.... Aku akan terus berjuang dan memperjuangkan seni ini….. Aku akan terus menjadi pujangga seni ini…. Aku akan terus bernukil…. Aku akan terus berkarya….. Kerana aku cintakan seni…. Cintakan dikir barat….. Kerana aku cintakannya…..
xfhm..pe beza tuk juara ng tkg karut?
ReplyDeletetuk juara@jogho tu slalunye yg duduk, nyanyi lagu yg dh dihafalnyer, suara yg merdu....
ReplyDeletetkg karut tu slalunye yg berdiri, yg mnari2 sket, n nyanyi lagu yg spontan, on da spot bait2 yg kluar dri mulut, n suare xbrape sedap sket.. mcm din ni....hahaha