Friday, December 31, 2010

My 2010 Sweet Moments, and Hopefully They'll Be Yours Too.........

Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh………………………

2010 bakal berakhir!!!!!!!!..........

2010 adalah tahun yang menggembirakan lubuk hatiku!!!!..........

2010…… seronok!!!!!!!........

Yuppo…. Memang betul….. 2010 adalah tahun yang begitu meriah bagi seorang yang bergelar aku…… Mana tidaknya, sokongan aku terhadap pasukan kesayangan aku berhasil dengan mereka merangkul piala kejuaraan…….. Sebenarnya banyak perkara yang begitu mengembirakan aku berlaku tahun 2010…. Ada je sad stories, namun happy plots telah menenggelamkannya…….. The happy stories beat the sad stories……  2 perkara yang paling gembira berlaku adalah The Red Warrior (TRW) kumenamatkan badi  89 tahun untuk menjulang Malaysia prestigous trophy, Piala Malaysia  dan skuad Harimau Malayaku menjulang Piala AFF Suzuki (dahulunya Piala Tiger) setelah 14 tahun menanti……. Memang seronok!!!..

Not going to tell the other happy stories or even the sad stories…. Aku nak kongsi kegembiraan aku tentang dua menda ni jer……


Tanggal 30 Oktober 2010… Aku rasa aku tak akan lupakan sampai aku mati… Aku rasa semua fanatik/ rakyat Kelate pun tak akan lupakannya…. Kelate menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya setelah 89 tahun diperkenalkan…… dan Piala Malaysia tu adalah piala kejohanan berprestij pertama Kelate menang…… Benar kata, tuan President KAFA, Tan Sri Annuar Musa (TSAM)… 2010 adalah tahun bola sepak Kelate…. Setelah 2009, Kelate begitu gemilang apabila layak ke final Piala FA dan Piala Malaysia… Tapi, hasrat mahu akhiri badi tanpa piala tak berhasil….. Dua2 jadi Naib Juara jer….. Musim 2010, TSAM (layaknya digelar Bapa Revolusi bola sepak Kelate), mula atur strategi pengurusan yang begitu tersusun…. Mengekalkan B. Sathianathan sebagai coach sejak dari saingan Piala Malaysia 2009, setelah menjadi bidan terjun kepada Peter Butler yang letak jawatan secara mengejut….. Memancing beberapa pemain bertaraf bintang di Malaysia (Akmal Rizal Rakhli, Hairuddin Omar, Syed Adney) dan nama2 yang dipandang sepi sebelum ini (Shakir Shaari, Azizi Mat Ros, Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, S. Subramaniam)… Ternyata pemain – pemain ini menghasilkan sesuatu pencapaian yang amat membanggakan buat TRW, disamping mengekalkan dan menaikkan nama2 yang sedia ada di TRW…..  TSAM telah berinisiatif untuk menubuhkan café TRW sendiri (The Red Warrior Station@KTC) di Kelate Trade Center, dan mewujudkan siaran radio pasukan, TRW.fm (Kelate merupakan pasukan pertama di Malaysia memiliki saluran ini.. Kini, cuba diikuti oleh pasukan2 lain)….

Pendapat aku…… Dua individu yang aku cerita kat bawah ni la yang jadi pencorak plot kejayaan2 ni… Yang jadi kisah kegembiraan aku tahun 2010 ni………..

Kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan kenaikan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) sebagai 1st goalie TRW adalah sesuatu yang wajar dan berbaloi……. Bagi aku rata – rata penyokong Kelate, tidak begitu mengenali Mat Yo pada awalnya (awal musim 2010)…. “Sapo dio Norshahrul ni??.... Player ceruk mano la nyor  gi beli??....”….. Aku mengenali Mat Yo sebelum dia menyertai Kelate lagi… Ketika masih bermain dengan UPB-Myteam (team Liga  Super yang telah dimansuhkan untuk season 2010 kerana bankrupt)…. Aku tertarik dengan skills dan kepantasan Mat Yo ketika 1st time aku tengok dia main di Stadium Kelana Jaya…. Perlawanan pertama untuk Kelate pada season 2009 (Kelate baru dinaikkan ke Liga Super, dan sepatutnya perlawanan dengan Myteam adalah match kedua Liga Super, tapi 1st match dengan Kelate KL Plus di Kota Bharu ditangguhkan, walaupun pada awalnya KL Plus diberi kemenangan percuma 3-0 oleh FAM atas kegagalan Kelate menyediakan venue)…. Match Kelate vs Myteam tu disudahi dengan kemenangan 4-2….. Dua gol daripada 4 gol Kelate dijaringkan oleh Ramzul Zahini Adenan (Mat Rojo)….. Dan dua gol Myteam dijaringkan oleh Mat Yo…. Disitulah aku mula mengagumi Mat Yo… Malah lepas keluar dari stadium tu, jauh dilubuk hati aku…. Kalaulah KAFA beli Mat Yo sebagai ganti kepada Khalid Jamlus, kan mantap team TRW untuk season 2009…. 
Tup.. tup… bila nak start season 2010, TSAM umumkan yang Mat Yo main dengan Kelate…. Akulah individu yang sangat gembira dan sangat berharap….. Aku gembira kerana salah sorang player yang aku harapkan untuk join TRW, telahpun sign kontrak.. dan aku sangat berharap time tu Mat Yo akan bergandingan dengan Mat Rojo sebagai strikers (tak kesampaian… Mat Rojo injured dari tengah season 2009 sampai tengah musim 2010 dan di bangku simpanan sahaja sepanjang musim…. Aku ingat sempatlah main untuk tahun 2010 dengan Mat Yo… dan still berharap season 2011 ni, Mat Rojo bergandingan dengan Mat Yo…. Masih berharap…)…. Dan time tu, akan rasa Kelate cukup bertuah sebab dah sign kontrak dengan Mat Yo… sebab aku memang expect Mat Yo akan menyerlah pada SEA Games 2009 di Laos, dan bakal jadi buruan banyak teams…. Ternyata, memang benar telahan aku…. Malaysia menang gold medal bola sepak setelah sekian lama dengan menundukkan Vietnam 1-0, jaringan Safiq Rahim…. Namun, Mat Yo adalah antara watak penting dalam penghasilkan gol tersebut… Hasil kekeliruan penjaga gol dan defender Vietnam……. So, Kelate cukup bertuah dapat Mat Yo!!!... dan Mat Yo pon bertuah sebab main dengan Kelate… Sebab main nga Kelate la, dia jadi pujaan rakyat Kelate dan Malaysia sekarang ni… Bleh title Juara Piala Malaysia 2010…. Dapat title MVP (Most Valuable Player) untuk season 2010…. Then, jadi ayam tambatan Harimau Malaya sampailah sekarang….. Sampaikan ade Kelab Indon nak pancing Mat Yo ni……… Mat Yo, I love youuuuuuuuu!!!..... Keep it up, man!!!........

Khairul Fahmi Che Mat pulak…… Aku rasa Apek  ni dah jadi fenomena sekarang nih….. TsuFahmi!!!... :p Semua rakyat Malaysia, rakyat Indon, rakyat Asia Tenggara berperihal tentang  Si Apek ni…… Pek, kawe tabik ko demo!!!!!...... Tahun 2010 memang tahun gemilang buat Apek….. Aku kenal dia time dia mewakili skuad U-19 Malaysia untuk Kejohanan Juara – Juara Belia @ Championship Youth Cup (CYC) 2007…. Malaysia jadi host….. Time tu, Apek jadi goalie…. Aku memang bangga gila time tu… Sebab Hasbullah Awang (kini Datuk) comment time mengulas perlawanan antara Malaysia U-19 dengan Chelsea Youth…. “Khairul Fahmi Che Mat begitu tangkas mempertahankan gawang gol Malaysia…. Seri 0-0 dengan Chelsea adalah suatu pendedahan dan pengalaman yang membanggakan buat anak muda berasal dari Kelantan ini….. Percubaan demi percubaan berjaya diselamatkannya….”….  Time tu aku duk tengok live dengan Naqi (saing aku sampai bilo-bilo……) kat Café UKC 2, UIA Petaling Jaya….. Naqi bagitau aku, Khairul Fahmi Che Mat ni orang panggil Apek….. Yuppo, memang macam Cina pon mamat nih… Pastu time CYC tu dia rambut panjang… Perghh, cam gangster Young and Dangerous aku tengok.. tapi pendek la sket…. Hahaha… Jangan marah Pek… Ukuran ngak bisa jadi indikasi jika goalie itu reflexnya pantas dan bisa cover semua angles….. Hehehe… Indonesial!!!!..... Naqi bagitau aku, dia kenal Apek time Apek dibangku sekolah…. Time tu dah wakil sekolah, wakil Kelate sebagai goalie….. Memang dah power time kat sekolah…. Lepas CYC, aku tak dengar berita sangat pasal Apek… Tapi aku tau lepas CYC dia pi PSV Eindhoven FC kejap…. Latihan intensif…. Lama tak jumpa, tup..tup jumpa dia kat padang training untuk skuad Piala Presiden Kelate tahun 2009…. Then, tengah2 2009 tu, dia jadi 2nd keeper skuad Liga Super Kelate…. Shahrizan (Mat Chah) jadi 1st sebab Abe Halim Napi kita tu kena suspended (sume orang tau sebabnya kan….)…. Tapi satu match pun aku tak pernah tengok Apek main 1st eleven…. Then, start 2010, Syed Adney join Kelate… Jadi 1st keeper… Apek still 2nd Keeper… Abe Halim jadi coach goalie Piala Presiden… Mat Chah pulak sebab direhatkan (tak lepas doping test)….. Awal-awalnya, Apek tak masuk 1st eleven pun…. Then, lepas Syed Adney buat mistake yang tak leh blah dengan Kedah… Coach B.Sathianathan pun replace Syed Adney dengan Apek…. Matches lepas tu, Apek memang on-form gila-gila la…. Plus, Kelate la pasukan yang paling kurang bolos dan hanya kalah sekali sahaja sepanjang saingan Liga Super 2010….. 
Lepas tu, kecemerlangan Apek diteruskan untuk saingan Piala Malaysia 2010 sampai la Kelate jadi juara buat pertama kali dalam sejarah….. Dalam masa yang sama, K. Rajagopal tertarik dengan ketangkasan Apek, terus serapkan dia dalam skuad Malaysia….. Time tu, Apek jadi 3rd goalie jer… di belakang Farizal Marlias (1st goalie), Sharbinee Allawee (2nd goalie)… Tapi, masu tu aku dah optimis… Apek bakal jadi 1st goalie Harimau Malaya…. Sebab Farizal dan Sharbinee akan overage setahun dua lagi…. So, Apek yang muda ni la akan replace… Tapi, aku tak sangka gak, secepat ni Apek jadi 1st goalie…. Kecederaan Farizal dan Sharbinee bagaikan rahmat buat Apek untuk beraksi cemerlang…. Ternyata, Apek telah membalas kepercayaan Rajagopal, pendukung 2 Malaysia termasuklah aku sekali…… Ketangkasan Apek telah berjaya membantu Malaysia jadi juara Piala AFF Suzuki 2010 kat Indonesia…. Aku rasa sume tahu plot kisah kejayaan Malaysia… plot Apek menangkis berpuluh2 serangan on-target Thailand, Vietnam, Indonesia……. Siap save penalty time final….. So, kehebatan Apek sebagai antara goalie terbaik di rantau Asia Tenggara ni tak perlu disangkal lagi…….. Apek dah jadi fenomena sekarang… So, aku harap, Apek tak mudah lupa diri… Usia muda perlu dipergunakan sebetulnya… Get more experience… dan hargai segala jasa kem Kelate yang telah melatih dan mengasah bakat you, Apek.. especially coach goalie Kelate, Ismail Chaiwallit…. Serta jasa2 orang yang terlibat sama dalam penghasilan Apek seperti sedia ada sekarang ni…. Tahniah jugak buat Apek, sebab berkat usaha dan kesabaran dia sebelum ni dah berbaloi….. All the best, Apek!!!.... I’m looking forward your excellency!!!.........

Tanggal 29 Disember 2010 pulak…. Rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa, agama dan umur.. Seharusnya tak patut lupa tentang peristiwa ni…. Malaysia dinobatkan sebagai juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun menunggu…. Cerita bagaimana kejerihan Malaysia nak lepas group stage sampai ke final sehingga membenam keegoan Timnas Indonesia dan pendukung sialannya, aku rasa sume dah tahu… Basi dah agaknya…. Tahniah buat K. Rajagopal sebab kepakarannya digunakan sebaik mungkin untuk membentuk pasukan Harimau Malaya yang termantap pernah aku follow…. Ya benar.. Dulu Malaysia antara jagoan rantau Asia.. Dikala zaman legenda Mokhtar Dahari….. Lepas tu mula kabur dan semakin pudar…. Tapi 2,3 tahun belakangan ni… Sinar kebangkitan bola sepak Malaysia mula kembali terang…. Pembangunan bola sepak mula kembali rancak… Persembahan anak – anak muda kembali cemerlang dalam arena ini…. 5,6 tahun sebelum ni…. Rakyat Malaysia hanya memandang sepi, walaupun tak ‘boooo’… Tapi tidak mendukung, atau paling lekeh pun menonton aksi skuad Malaysia adalah suatu sikap yang tidak ‘supportive’ dan kurang baik sebagai rakyat Malaysia…. Ya, aku melihat sendiri… Aku ajak kawan – kawan, or even pak cik aku sendiri tengok bola live kat TV bila Malaysia main  pun, depa buat derk, endah tak endah…. Cakap, “Ape kes layan bola Malaysia??”, “Boring eh laye tengok bola Malaysia, main tok tau gapo satu, sepak bola pun tok keno”… Tu belum ajak pi stadium lagi tuh (time tu aku tak mampu nak gi stadium pun… budak – budak lagi)….. Aku layan la sorang – sorang, walaupun Malaysia main tak sehebat macam sekarang ni… Tapi sekarang…. Semua dah berubahkan… Aku cukup gembira… Sekarang dah ada teman nak ajak berborak pasal bola Malaysia, bola Kelate…. Pok Ji, Pok Li (pak cik aku yang dulu tu la) sekarang dah minat gila kat bolasepak Malaysia, Kelate… Stadium pun selalu pergi, live kat TV pun selalu tengok dah sekarang… Setiap minggu, mesti ada call aku, tanya update terbaru bola sepak Kelate, Malaysia…. Hopefully, ini berterusan… Aku cukup seronok tengok situasi kat stadium sekarang…. Dulu pergi, kosong jer…. 3,4 stadium, kerusi kosong  yang tolong tengok…. Sekarang dah terbalik… 3,4 stadium penuh, malah setiap penjuru Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Sultan Muhammad Ke-4 penuh dengan fanatik2…. Dulu tengok bola kat stadium, rasa boring dan mengantuk giler.. Sekarang, nah… Pelbagai gelagat para fanatik bola sepak Malaysia, Kelate diperagakan…. Aku bangga… 
So, tahniah gak aku ucapkan kat Ultras Malaya… Depa ni dah berusaha sejak 2007 lagi nak mewarnai kemeriahan sokongan di bangku stadium ni…… Waa tabik sama lu orang!!!... Hopefully, lepas ni… Rakyat Malaysia sedar dan memberi sokongan padu lagi kat wira2 Malaya ni… supaya depa ni bermain dengan lebih semangat lagi…. Dan buat pemain2 Malaysia, negeri2 dalam Malaysia ni…. Teruskan menaikkan mutu dan prestasi permainan… Tak lama lagi, Asia pun kita boleh conquer balik…. Just put a lot of efforts…… Kejayaan semalam harus menjadi pendorong lebih berjaya, dan bukannya untuk tidak berusaha lagi….. dan anak – anak muda, mulai sekarang… Korang dah boleh pasang cita – cita nak jadi pemain bola…. Jangan nak jadi doctors, engineers jer.. Dan, lebih baik korang main bola daripada main motor, merempit tak tentu hala…. Bazir duit jer… Petrol naik harga sekarang ni weiii… So, all the best buat semua!!!..... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU selamanya!!!....

Tahun 2010 aku gembira gak…. Sepanjang aku main futsal secara officially contracted with someone…. Dan banyak gol aku score untuk dia….. 12 Disember 2010 lepas, aku dah score 51 gol untuknya (51 adalah nombor faveret aku…..)…… Semalam, 30 Disember 2010, sehari selepas merayakan kejuaraan Malaysia, aku tutup season 2010 ni dengan 4 gol.… First goal with a Safee Sali’s moment… Cuma different angle dari gol Safi Salee time final ari tu….So, season 2010 ni aku akhiri dengan jumlah terkumpul, 61 gol…. Hopefully, 2011, target 100 goals tercapai….. Amin!!!.........

Tu la serba sedikit cerita manis aku sepanjang tahun 2010…. 2011 pun akan menjelma tak lama lagi…. Aku harap lebih banyak cerita2 manis buat aku tahun 2011 ni…. 2011, aku dan nak masuk ward hospital dah (InsyaAllah.. doakan aku lepas Pro-Exam Mei nanti)…. Kena jumpa patients banyak la lepas ni…. Tapi jangan risau… Bola sepak Kelate dan Malaysia tetap di dadaku…. Always have time for  you!!!...

Gudluck semua and Happy 2011!!!!......... Semoga Allah merahmati kita semua…….







Wassalam~……. dR.gReEn……